Tuesday, May 7, 2013

Pengembaraan 3 makcik ke Pesta Buku

Cik A memang teringin nak ke pesta buku.

Alkisah bermula apabila adik kepada cik A pergi mengikut rombongan sekolah ke Pesta Buku di PWTC. Cik A yang seumur hidup tak pernah pergi ke tempat itu berasa sangat teringin lagi kempunan untuk pergi apatah lagi dia masih mempunyai baucer buku RM250 yang suci murni tidak digunakan.

Lalu, cik A mengajak rakan-rakannya untuk menyertai rombongan mini itu malangnya sambutan yang diberikan sungguh tragis. Jadi cik A duduk sajalah di rumah diam-diam sehingga tiba hari Jumaat. Mengenangkan esok (iaitu Sabtu) adalah hari terakhir pesta buku itu diadakan, cik A cuba lagi bertanya pada rakan-rakannya (dengan cara rayuan dan ugutan).

Setelah usaha dijalankan, cik A berjaya memaksa mengajak 2 orang yang naif iaitu cik D dan cik K untuk ke Pesta Buku terbesar di Malaysia di PWTC. Perjalanan last minute ini pun dirancang dengan penuh selenga oleh mereka.

Cabaran terbesar bagi mereka bertiga mungkin ialah proses perjalanan ke sana. antara cabaran yang ada ialah :
1) Cik A seorang yang buta arah. (Gelaran beliau ialah makciksesat)
2) Cik D dan cik K tidak pernah menaiki KTM.
3) Mereka bertiga tak pernah pergi ke bandar2 besar ataupun KL sendiri kecuali dengan rombongan sekolah.

Walaupun begitu, mereka tidak berputus asa dan menyahut cabaran zaman maju alaf baru ini dengan penuh semangat yang kental. Maka, 3 orang ini memulakan perjalanan dari Banting ke Stesen KTM UKM dengan kereta yang dipandu cik A secara berkhemah. (yeke?)

Dengan penuh naif lagi teruja, cik D dan cik K menapak ke stesen KTM seperti rusa masuk kampung (sukati je) manakala cik A pergi membeli tiket menggunakan kad komuter 1 Malaysia.

** UKM - Putra pergi balik (atas arahan cik K. phew nasib baik beli pergi balik. ramai betul orang    beratur masa nak beli tiket tu >.<)

Masa dalam ktm pula, 3 orang remaja ini terus bertukar jadi super makcik dan bergosip penuh bahagia tanpa peduli orang sekeliling - maklumlah dah lama tak jumpa masing2 belajar tempat lain2. malang bagi mereka kerana tiada tempat untuk duduk dan terus berdiri dengan tabah. sepanjang itu juga cik K dan cik D mula membandingkan perbezaan bas dan ktm. Bagi cik A yang memang penumpang tetap komuter, dia hanya toya dan sesekali complain tentang kerusinya yang keras buatkan belakangnya sentiasa sakit. Seketika kemudian, mereka pun dapat tempat duduk dan sambung bergosip. Apabila sampai ke destinasi, 3 makcik ini sudah malas nak bangun dan hanya terdampar di situ.

Di Pesta Buku.

Bab pertama:

Orang tersangatlah ramai lagi sesak.
Cik A awal-awal lagi sudah sesat.
kemudian bertemu kembali dengan 2 gengnya.
sesat lagi.
bila dia pusing belakang, muka orang lain!
bila dia ikut orang depan, rupanya orang lain!
Akibatnya, tangan cik A diikat oleh cik K, dan kena jalan penuh taat depan mereka (supaya tak sesat lagi)

Bab kedua:

Banyak sangat gerai dan booth buku yang ada.
3 orang itu hanya lalu dengan sambil lewa.

Bab ketiga:

Mereka bertiga sebenarnya tak minat buku pun.
Mereka datang ke pesta buku sebab mereka tak pernah datang ke situ.
Dan nak jalan-jalan.

Bab keempat:

Lapar.
Sampai sahaja di Putra, dua shikshin (cik A dan cik K) sudah kelaparan.
Mereka asyik mencari makanan daripada buku.
Nasib baik cik D ada untuk mengembalikan kewarasan mereka.
Ikuti dialog ini;

"kimi kimi, tengok buku ni!!"
"wah, buku ni sangat sesuai dengan kite ^^"
- World of Food -
"Korang ni.. shikshin betol!"

"kimi kimi, tengok buku ni!!"
"wah, best lah buku ni >.<"
- Resepi Masakan Melayu -
"kenapa semua buku makanan yang korang tengok?!!"

Dan dua budak shikshin itu terus mengerang kelaparan, "lapar..lapar..buku..makan buku..."
manakala cik D, "lantak koranglah" =.= 

Bab kelima:

Harga yang cambest.

"lapar.. jum beli makanan..."
Nasi ayam - RM1O
"BABAI !"
oleh kerana makcik bertiga ini dari kampung, mereka berasa harga yang ditayangkan sungguhlah tak patut dan sebabkan itu mereka tak sanggup membelinya!
"Korang, nak beli aiskrim?"
"Nak! Nak!"
Aiskrim - RM3
"BABAI !"

 Maka, mereka tak beli apa-apa makanan pun. >.<

Bab keenam:

Sakit kaki, dan sakit belakang.
Mungkin makcik bertiga ini tidak biasa berjalan banyak lagi di kawasan mall yang besar atau shopping kompleks. Jadi bila mereka asyik berjalan sepanjang masa di pesta buku itu.. mulalah kaki sakit, belakang sakit, pinggang sakit, tengkuk sakit, segalanya urat sendi sakit.
mulalah berjalan bertiga macam pesakit di hospital.
dan mulut yang asyik memekak
"lapar...penat...sakit belakang..."

Bab ketujuh:

Novel English.
Tujuan sebenar cik A nak ke pesta buku sebenarnya kerana dia ingin membeli novel english bertajuk Dork Diaries. Malangnya satu bayang buku tu pun dia tak nampak. Kecewa dan pasrah, dia hanya melilau melihat buku-buku yang lain.
Oleh kerana mereka bertiga masih belum membeli apa-apa (kerana mereka bukan suka membaca pun), cik A dan cik D mengambil keputusan untuk membeli 2 buah novel.
Bagi cik A, dia memilih tema 'mother' kerana tak lama lagi ialah mother's day.
-Battle Hymn of The Tiger Mother
-Motherland.
Cik D pula terpikat pada tajuk buku dan cover depan;
-Spilt Milk.
-Spilt Milk and Black Coffee (ini cik A yang suruh ambil sebab tajuknya bersambung xD)

Bab kelapan:

Pertemuan yang tak dijangka.
terdapat kisah lain untuk cik D. sebenarnya dia telahpun diajak pergi ke pwtc oleh geng rakan sekelasnya tetapi dia menolak dengan pelbagai alasan.
Apabila cik A paksa ajak dia, dia dalam dilema. tetapi akhirnya dia pergi juga. cuma cik D takut kalau2 terserempak dengan geng rakan sekelasnya.
Sepanjang pengembaraan, semuanya berjalan lancar. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang.
Elok je dalam perjalan menuju ke ktm, mereka terserempak dengan 3 orang gadis ini.
Cik A terkejut lalu ketawa. cik K toya manakala cik D terus menyorok.
Malangnya sudah ditangkap..dan dibelasah geng rakan sekelasnya.
haha. seng~

Bab kesembilan:

Mereka pun pulang dengan perasaan yang bercampur baur.
Teruja, terharu, penat, lapar dan banyak lagi mixed feeling.
dan sambung bergossip dalam ktm.

Kesimpulan

Apakah perasaan kalian pergi ke pesta buku untuk kali pertama?

"Biase-biase je..."

Adakah kalian akan pergi lagi tahun hadapan?

"Tidak!"

Bab akhir:

Cik D yang pemurah pun belanja dua shikshin itu makan KFC.
Finally.... a food!!!



Tamat.



No comments:

Post a Comment