Monday, May 20, 2013

ORANG

Menurut kamus dewan edisi keempat, orang didefinisikan sebagai;
1. manusia
2. salah satu manusia
3. diri manusia
dan banyak lagi, (malas nak taip lalala~)

kesimpulannya orang = manusia.

Jadi, kisah yang ingin saya sampaikan ini mungkin akan menyebabkan satu misteri yang tidak dapat dirungkai. Sila sediakan segelas minuman sejuk untuk diminum bersama ketika membaca kisah penuh tanda tanya ini. Jeng jeng jeng...


Episod 1
Pada suatu hari, di waktu pagi yang hening, cik A yang juga makcik cleaner rasmi di rumah sedang menyapu sambil menelek wajahnya di setiap cermin yang ada. Seperti biasa juga, budak kecil bawah jagaannya iaitu Encik Aqieyl (3 tahun) akan mengikut ke mana saja cik A pergi.

Dan setiap kali cik A menyapu bilik ibunya aka Puan S, dia akan mengambil masa yang agak lama - maklumlah, cermin di bilik Puan S agak besar. Maka Encik Aqieyl yang mengikut makciknya itu sempat bermain ngengeng (kereta) nya penuh sukaria di atas katil.

Cik A mungkin terlampau khusyuk menatap wajahnya bila dia terdengar jeritan Encik Aqieyl (yang super kuat, nyaring lagi macam dolphin) memekik memanggil Puan S yang sedang memasak di dapur.

"Nenek! nenek! Ade orang! ade orang!" Encik Aqieyl berlari ke dapur dan bersungguh-sungguh memanggil Puan S.

"Ade orang datang?" Puan S terus menutup api dan pergi ke hadapan. Tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. "mane ade orang! Aqieyl tipu nenek ye?"

"Tak...ade orang..!! ade orang!!" pekik Encik Aqieyl lagi tetapi sudah tidak dipedulikan Puan S yang sambung memasak semula. Encik Aqieyl kemudian masuk ke bilik neneknya di mana cik A tetap sedia dihadapan cermin.

"Ami !! Ade orang!!!" dia masih menjerit benda yang sama.

"Orang? kat mana?" tanya cik A hairan.

"Tuuuu !!!!"

Apa yang mengejutkan cik A adalah jari telunjuk Encik Aqieyl menunjukkan atas katil.

"Orang atas katil?"

"Yee... tuuuu !!!"

"Okay...."

Tapi, cik A tak nampak sesiapa pun atas katil itu. Betul.



Episod 2
Beberapa hari kemudian, seminggu mungkin. Ketika itu waktu petang dan cuaca agak panas. Cik A dan Puan S sedang berbual-bual di ruang tamu sementara yang ahli keluarga yang lain ada di lokasi kegemaran masing-masing seperti dapur, sebelah peti ais dan bawah kipas.Manakala Encik Aqieyl sedang bermain ngengeng di atas katil bilik Puan S.

Sedang rancak berbual, cik A terkejut bila Encik Aqieyl heboh menarik-narik tangannya.

"Ami ! Ami! Orang!"

"Ape?"

"Orang!"

"Ape die? ulang?"

"Oranggg !!!!"

Cik A bukan pekak, tetapi dia cuma ada masalah pendengaran sedikit. Mula-mula dia dengar seperti udang tetapi apabila diminta ulang sebanyak 4 kali, barulah dia faham yang Encik Aqieyl sebut orang rupanya... Eh, orang?

"Orang? Mane tunjuk kat ami.." cik A menarik tangan Encik Aqieyl dan memintanya untuk menunjukkan lokasi orang tersebut.

Perkara yang sama berulang.

Encik Aqieyl menunjukkan ke arah katil itu.

"Tuu orang! Orangg..."

cik A sudah dapat dengar bunyi saspen dimainkan kat latar belakang. Dia tak nampak sesiapapun. Kalau sekali tak apa, ini sampai 2 kali Encik Aqieyl nampak orang atas katil ape cer? Lalu cik A pun menghebahkan pada semua orang dan menceritakan segalanya.

Maka, pelbagai spekulasi telah dibuat.

Ada yang kata makhluk heheheh tula.. ada yang kata kawan ibu ikut balik rumah la.. tetapi kami semua sepakat bersetuju yang Encik Aqieyl hanya berlakon dan membuat gimik sebab dia nakkan perhatian dan taknak kemas kereta mainan dia itu semula. Tamat!



Apa pula pendapat anda mengenai kes ini?











p/s : Meanwhile, Puan S takut nak masuk bilik sendiri... xD


No comments:

Post a Comment