Gadis dan bunga
Aku tak tahu pula yang kau layan lagu-lagu lame.
Aku tersenyum apabila kau sengaja menguatkan volum speaker lalu menyebabkan suara klasik Rahimah Rahim memenuhi setiap penjuru ruang tamu itu sementara bunyi hujan yang turun merintik di luar melengkapkan lagi suasana tengahhari yang kelihatan suram – sesuai sangat untuk kita lepak bersama mendengar lagu lama.

Aku rase benda yang kurang sekarang ini cume
sejambak bunga- supaya aku dapat berikan pada kau.. haha..
Tetapi sudah semestinya kau selalu mempunyai
kebolehan unik untuk merosakkan setiap mood walaupun mood dalam moment yang
paling simple, sesimple mendengar mulut kau yang tak henti-henti mengunyah
keropok yang aku rase kau baru saje ambil dari cabinet rumah aku sambil
mendengar penyanyi kegemaran bapakku menyanyi untuk kita - walaupun hanya dari
Youtube.
“Tunggu, aku tak suke lah yang ini!” kau dengan
selambenya mengambil laptop aku yang berharga itu dari tempat asalnya dan
menekan keyboard sesuka hati.
“Eh,tak suke pulak? tadi die yang siap kuatkan
volum lagu ni!” aku menjenguk kearah skrin, melihat kau yang agak menjengkelkan
menaip perkataan lain di kotak carian Youtube.
“Ini yang aku
maksudkan!”
Kau menepuk tangan gembira dan aku ketawa.
Mooda
Moody?
“Indie band?” aku bertanya inginkan kepastian.
Tapi aku tahu kau dah tak dengar lagi apa-apa yang aku cakap. Aku hanya ketawa kecil melihat kau menyanyi beriringan bersama gadis vokalis band itu dengan suara kau yang aneh yang boleh disamakan dengan dolphin dan pelbagai haiwan akuatik yang lain.

berlenggang dia
berjalan,
Si gadis desa yang manja,
Jelingan yang manja
Si gadis desa yang manja,
Jelingan yang manja
aku terpaksa akui, walaupun aku suka yang
original, versi yang ini comel jugak. Pandanganku terlekat di skrin, merenung
kearah mereka yang komited bermain alat muzik tetapi sekali sekala membuat muka
yang sengal.
menuju dia ke kota
di tangannya penuh bunga
di hati penuh cinta
di tangannya penuh bunga
di hati penuh cinta
kau duduk di atas sofa berhadapan dengan aku,
menyanyi – yang sebenarnya lebih kedengaran memekak dari menyanyi, berguling ke
kanan dan ke kiri, dan aku tak boleh berhenti dari tersenyum.
Kenapa semua perkara yang kau lakukan akan membuatkan aku tersenyum?
dan aku maksudkannya, serius.
Bile kau jalan seperti askar berkawad, bile kau pakai cermin mata, bile kau kacau air milo ais kegemaran kau, bile kau tumpahkan sos ke meja, bile kau tumbuk belakang aku, bile kau lap muka kau yang dibasahi peluh selepas jogging 5 pusingan,bile kau pegang tanganku, bile kau tertidur dalam kelas ketika cikgu paling garang mengajar, bile kau tendang basikal aku sebab kau tak puas hati dengan markah ujian, bile kau ikat tali kasut, bile kau marah aku sebab malas belajar, bile kau masak telur hangus, bile kau jerit kat telinga aku, bile kau tarik rambut aku, bile kau pindahkan semua sayur ke pinggan aku, sampaikan waktu bile kau seret aku dari katil ke bilik air sebab aku malas nak mandi awal pagi beberapa bulan yang lalu, aku masih akan tersenyum – bagaimana, apa yang kau buat sampai bibir aku dengan sendirinya akan membentuk lengkungan sebegitu?
Bagaimana?
Aku berbaring di atas sofa, melihat ke atas siling yang putih dan dihiasi corak abstrak. Lagu itu masih lagi terpasang – kau dah tekan butang replay agaknya. Kau masih menyanyi-nyanyi, aku pula masih tertanya-tanya.
Kenapa?

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis manis ayu
Rupanya manis manis ayu
Tengahhari yang dingin, ruang tamu yang luas, sofa
yang empuk, 2 orang yang relaks sambil meletakkan kaki bersama di atas meja
kecil di hadapan mereka dan lagu yang seperti tiada pengakhirannya – aku tak
mahu situasi ini berakhir…
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis manis ayu
Rupanya manis manis ayu
"Jadi kau dah buat keputusan nak sambung
belajar kat mane?”
Kemudian kau merosakkan mood lagi dengan soalan yang aku tak harap keluar dari mulut kau.
Aku memandang ke tempat lain dan kau menendang kakiku. Baru aku perasan kau memakai stoking corak bunga matahari yang aku berikan sempena harijadi kau. Kelakar. Kau kate tak suke tapi selalu juga kau memakainya.
"belum lagi.." aku menjawab dengan nada yang malas.
Aku faham kenapa kau tiba-tiba menyerang aku dengan soalan sebegitu. Sudah beberapa bulan sejak kita tamat sekolah dan mendapat keputusan SPM, ya walaupun kau cemerlang sedikit daripada aku dan aku masih belum membuat keputusan untuk menyambung pengajian di IPT yang mana satu.
Mesti kau sendiri pun dah tahu yang aku tak pernah teringin pun nak masuk university yang bapak aku pilih itu. University yang terkenal dengan akademik cemerlangnya. University yang cukup kelengkapan canggih terutama dalam bidang medical dan kejuruteraan.
Universiti yang beribu batu jauh dari kau..
"Kau ni cube la bermotivasi sikit?"
"kenape ayat kau same dengan ayat bapak aku?" aku menghentakkan kakiku keatas kaki kau. Kau mengaduh kesakitan.
"Ouch! sakitlah! Sengallah kau ni!"
aku ketawa kecil. "hei, tenangla..ok? Aku ade visi tersendiri..tahula ape aku nak buat nanti."
aku tak suka berjauhan dengan kau
Masuk university bermakna aku kena keluar dari rumah. Keluar dari rumah bermakna aku akan tinggal jauh dari bandar ni. Tinggal jauh dari bandar bermakna aku tak boleh mengayuh basikal pusing taman semata-mata untuk temankan kau berjogging.
"Ohhh kenapa? Kau tak sanggup nak berpisah dengan aku kan? Kan??" kau sengaja mengusikku sambil mencuit kakiku menggunakan jari kaki kiri kau.
Ya. Berfikir tentangnya saja sudah cukup buatkan aku terseksa
"Ape kate kau ikut je nasihat bapak kau. Jadi doctor pun bagus jugak pe!."
Kau menekan butang ‘replay’ sekali lagi. Sekali lagi lagu Gadis dan Bunga berkumandang.
"berapa kali aku nak cakap kat kau..aku taknak jadi doctor macam bapak aku tu.."
“kalau camtu jadilah chef! Macam yang kau selalu idamkan.."
"Kau tahu kan ape yang bapak aku akan kate..."
"susah sangat, kau masuk je kolej aku tu. Kau tak perlu duduk jauh-jauh..kat sini je dengan aku!"
Aku tahu kau bergurau tapi kau tak tahu betapa aku ingin mengatakan ‘ya’ pada ajakan kau yang cuma ajak-ajak ayam itu.
Dan daripada berkata ‘ya’. Aku balas dengan, “maaf, cik. Tapi saya tak nak jadi junior awak!!” aku tak sedar sejak bila kau beralih tempat dan duduk disebelahku.

Kemudian kau gelak besar – tak faham aku.
Apepun aku jawab dengan jujur tadi. Aku cuma rasa idea untuk kita ke kolej yang
sama tak begitu memberansangkan. Kita selalu berada di kelas yang sama. Sejak
dari sekolah rendah lagi – waktu kau masih lagi tinggi dari aku. Sekarang kau
cuma paras bahu aku. Atau mungkin sebab sebenarnya adalah kerana kolej kau
adalah kolej yang menjurus kearah perniagaan, accounting dan seangkatan
dengannya. Aku dah lame sedar sejak tingkatan 3 yang otak aku tak begitu suka
beroperasi dengan nombor dan sebagainya. Aku otak kanan yang kreatif dan
inovatif serta malas belajar..
“apepun….” Aku berhenti seketika, memandang wajah kau yang juga merenung diriku

“kau nak tahu,
aku ade merancang untuk mohon masuk ke MC Academy (*Master Chef Academy hehe)...cume
merancang jelah. Dengarnya diorang akan buka kemasukan baru awal bulan depan.
Kolej Hospitaliti yang terbaik di Malaysia. Bahagian kulinari yang terbaik.
Pastry secara tepatnya…favorite aku. Cuma masalahnya sekarang……”
Kau.
"…..bapak kau."
Kau.
"…..bapak kau."
Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu
"hmm.. sudahla.kita hentikan saje perbualan
ini ok?" pintaku. Kemudian aku menoleh kembali kearah skrin laptop yang
tertayang grup Mooda Moody.
Untuk seketika, aku asyik mendengar lagu itu.
"by the way,..aku ade beritahu kau tak?" kau bersandar ke belakang sambil membelek majalah lama yang terdapat di bawah meja kecil itu.

oh datang seorang pemuda
dapat melembut hatinya
dapat melembut hatinya
"Fikri ajak aku kapel dengan die—"
memetik
oh cintanya
"—dan aku setuju."
Semuanya berlaku begitu pantas dalam masa
beberapa saat perkatan-perkataan itu melalui cuping telingaku.
Aku memejamkan mata seketika, kemudian menoleh kearah kau, cuba mencipta senyuman yang paling kelihatan ikhlas aku boleh tunjukkan. Kau tersenyum,kau bermuka merah, kau ketawa, kau senyum semula, kau pukul lengan aku dengan manja, tersenyum semula.- dan hati aku keras menafikan yang wajah kau kini memang menunjukkan sindrom jatuh cinta.
Sekarang aku tahu kenapa kau tiba-tiba suke lagu ini.
Dan sekarang aku tahu kenapa tiba-tiba aku benci lagu ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"MC Academy?"
Aku tahu apa yang bapa aku akan katakan.
Aku melepaskan keluhan kecil, menukar pandanganku dari melihat wajah bapaku ke tempat lain. Tunggu, itu pasu bunga ibu yang baru ke? Kakakku yang duduk di sebelah tersenyum lalu menepuk bahuku.
"Kau pasti ke?" Kakak adalah satu-satunya insan yang akan selalu menyokongku tidak kira keputusan apa yang aku buat. Senyumannya yang menenangkan itu berjaya menjangkiti hatiku untuk berasa tenang sekali.
Aku mengangguk. “hmm..orang dah fikir masak-masak..”
Aku tak pasti menjerit sekuatnya semasa menunggang basikal melalui tepi tasik pada waktu petang lalu menganggu kehidupan harmoni ramai insan boleh dikira sebagai fikir masak-masak. Tapi ini adalah yang terbaik aku boleh fikirkan sekarang ini.
Aku dapat lihat wajah bapaku yang tegang tadi beransur menjadi sedikit lembut. Secara jujurnya, aku harap dan bayangkan yang bapaku akan menengking, menghentak meja dan berkata ‘kau kan lelaki, yang nak sangat memasak kat dapur tu kenapa?!”. Tapi dia hanya bertukar pandangan dengan ibuku, kemudian berkata dengan nada yang sangat tenang,

“ baiklah, kamu boleh masuk kolej tu, cume
pastikan yang kamu belajar betul-betul..dan berjaya !”
Aku tak tahu sama ada aku patut berasa gembira ataupun sedih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada Mooda Moody yang kau sukai itu,
aku juga sudah mendengar banyak lagi versi lain Gadis dan Bunga. Salah satunya
yang aku rasa agak lawak ialah versi pop dari grup lelaki ala-ala kpop Max-24.
Aku nak beritahu kau hari itu tapi aku rase itu bukanlah masa yang sesuai.
Kemudian aku dapat tahu awal-awal lagi kau sudah mengetahui dan mendengar setiap versi termasuk versi pop tadi. Berbulan-bulan awal sebelum hari itu. Hari yang secara rasminya kau menghancurkan hatiku.
"Boleh tak kau tukar lagu lain? Aku dah nak termuntah asyik dengar lagu ni.," kataku sambil melipat sweater biru kegemaranku – yang kau hadiahkan pada hari jadiku kemudian kau marah kerana aku membalas hadiah kau dengan stoking corak bunga matahari. Kau duduk di penjuru katil bujangku, menatap laptopku, melayari internet dengan lagu yang sama bermain - lalu menjadi muzik latar belakang untuk drama pendek ini.

"Bukan ke kau pun suke lagu ni?" kau bertanya kembali padaku.
"Dan bukan ke kau kat sini untuk tolong aku pack barang?"
Kau tersengih. Masih tidak berganjak dari kedudukan asal.
Aku mengalah. Suka hati kau lah nak buat ape, lagipun lepas ini kita tak akan berjumpa selalu. Aku menyambung kerja melipatku tadi, dan sesekali melihat kau, melihat wajah yang aku pasti akan jadi wajah yang paling dirindui.
"Kau tahu.. aku sebenarnya sedih.. bila kau nak pergi.” Kau tiba-tiba bersuara.
“aku akan rase sunyi..siapa lagi yang akan
masak untuk aku tiap kali aku rase nak makan sesuatu? Siapa lagi yang akan
temankan aku jogging? Rumah siapa yang aku nak pecah masuk tiap kali aku rase
sangat bosan? Kau ni kejam, kau tahu tak?”
Kau fikir aku suke tinggalkan kau?
Aku keluarkan beg bagasi dari bawah katil dan cuba mencari jalan macammana aku nak sumbat semua pakaian ini kedalamnya.
"Sorry, dapur chef memanggil aku~” aku tersenyum – yang memang nampak sangat senyum terpaksa.
"Balik rumah dan jumpa setiap hujung minggu ye? Boleh?"
"Cik, kolej aku dengan rumah lebih kurang 10 jam perjalanan. Tengokla kalau aku boleh..aku balik.” Kataku terhenti seketika. “ lagipun, kau dah ade Fikri sekarang…”
"Ohh. Betul juga"
Kau ketawa, dan aku mengetap bibirku erat, menahan dari menjerit sekuat hati.

-----------------------------------
Aku masih boleh melihat kau dengan jelas dari
cermin sisi kereta. Kau melambai-lambai aku sambil tersenyum.
Aku memejamkan mataku sekejap.
Aku memejamkan mataku sekejap.
Matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
rupanya manis manis ayu
Aku rase nak tendang je radio tu. Kenapa Gadis dan Bunga?
Kenapa sekarang?
Kenapa sekarang?
Matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
rupanya manis manis ayu
aku berpaling untuk kali terakhir.
Matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
rupanya manis manis ayu
rangkap lagu itu asyik terngiang-ngiang di kepala
ku.
Matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
rupanya manis manis ayu
Kenapa mesti sekarang?
Kenapa
mesti sekarang baru aku sedar aku menyukai kau.
Kakak menepuk bahuku lembut "Mesti sedih kan nak tinggalkan kawan baik kau."
Tidak, aku tak sedih. Cuma hidup aku akan menjadi seperti hitam dan putih tanpa kau.
Aku memandang semula kehadapan. Melihat jalan raya, pelbagai jenis kenderaan dan permandangan sekitarnya, melihat tahun-tahun sunyi yang mendatang, tanpa kau.

---
Matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
"Boleh tak tutupkan radio tu?"
rupanya manis manis ayu
"Boleh tak tutupkan radio tu?"
Tamat.
No comments:
Post a Comment