Wednesday, May 8, 2013

Cerpen : Happy Birthday, kawan!



Aku tak pernah sangka kita akan berjumpa pada malam itu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku cuba untuk mengulangkaji pelajaran. Kebetulan esok aku ade kuiz sejarah di kelas tapi aku tak tahu kenapa malam itu aku betul-betul takde mood. Jadi, aku mengambil langkah insiatif untuk pergi berbaring atas katil dan mendengar radio sambil memejamkan mata. Mungkin dengan cara itu mood aku akan kembali? Sempat lagi aku mengintai calendar kecil di atas meja.

8 Mac.

“Hm, bile lah nak cuti sekolah ni?” keluhku. Memandang ke setiap tarikh di dalam calendar itu. 14 November. Aku SPM. Menarik..

“Eh esok 9 Mac…hari jadi dia….”


Lagu yang dimainkan – Tentang Dia.


Eh, kebetulan pula, aku memang teringin nak dengar lagu ni! Lagu ni antara lagu kegemaran aku masa sekolah rendah dulu. Bila diingatkan kembali, ada seseorang yang memainkan peranan dalam memaksa aku melayan lalu menyukai lagu ini. Dia. Dia sangat suka menyanyi dan suka menyuruh aku menyanyi sekali menjadi pasangan duetnya. Terutama dalam lagu Tentang Dia ini. Cuma aku musykil kenapa aku mesti kena nyanyi part lelaki?

Maka nostalgia aku bersama si dia pun terimbau kembali seperti tayangan video lama.

“Iman, kau nyanyi perenggan kedua ye?”

“Hah pape jelah!”

Aku dan dia pernah jadi sangat rapat suatu ketika dahulu. Dan aku sering tertanya-tanya, sampai bila persahabatan ini akan terjalin?

“kau rase lepas kite masuk sekolah menengah, kite masih kawan?” tanyaku naïf.

“mestilah! Kenapa pula tak kawan?” jawabnya tegas. Aku hanya tersengih.

Dia menyambung dengan gaya kasarnya sambil menepuk bahuku, “kitakan BBF!”

“BBF? Ape tuh?”

“Best Friend Forever la dodol…”

“itu……BFF”

Aku bukan pesimis, tetapi apa yang aku jangkakan benar-benar terjadi. Kami menyambung persekolahan kami di sekolah yang berlainan. Menjadi lumrah kehidupan, apabila jarang berjumpa maka sesuatu hubungan itu boleh menjadi renggang dengan sendirinya. Masing-masing ada kehidupan sendiri.

Dia dengan kehidupan sosialnya. Dan aku dengan kehidupan harmoniku sendiri.

Aku dan dia hanya tinggal memori.

Menarik bunyinya.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.

‘boboiboy, siapa hero kita?, boboiboy~” *bunyi ringtone*
  
“hello?”

“……….” Tiada balasan. Hanya kedengaran suara teresak-esak seperti orang sedang menangis.

Huh. Hantu ke?!

“hello? Siapa yang bercakap ni?” aku bertanya semula. Cuba mengawal suaraku yang terketar-ketar kerana berasa ngeri dan seram sejuk secara tiba-tiba.

“…… iman ke?” suara seorang perempuan keluar dari corong telefon. Suaranya agak serak.

“Hana?” aku terkedu sebentar. Betulkah dia yang menelefon aku? dia? Hana?

“Iman…I need you…”

“Hmm?!”

“..please…”

“………wait for me!” aku terus mematikan panggilan, mencapai sweaterku dan memakai tudung dengan pantas lalu keluar rumah dan melilau mencari dia, Hana, gadis yang dulunya selalu membuatkan aku tertawa riang.

Tepat jangkaanku. dia sedang duduk di bangku berdekatan taman permainan di mana kami pernah 
 menghabiskan banyak masa bersama.

Aku datang kepadanya. Dia memandangku dengan linangan air mata yang aku tahu ianya bukan mudah untuk tumpah dan bukan senang diperlihatkan kepada orang lain.

Perasaan ingin tahuku mengenai motif dan siapakah gerangannya manusia yang sanggup membuat gadis manis ini menangis membuak-buak namun aku hanya duduk di sebelahnya tanpa berbuat apa-apa. Aku dah terbiasa dengan situasi ini. Dia selalu menangis dan mengadu semuanya padaku.

“Iman, kucing aku mati..waa…” sambil kesat air mata.

“Iman, abang aku tuh selalu buli aku…..” dengan mata dan hidungnya yang merah

“iman, kau tengok kaki aku yang terkopek ni! Bapak aku bantai…..” aku terus ambil peti kecemasan.

 Dia walaupun luaran kasar, ganas dan seumpama dengannya. Aku tahu dalamannnya sangat rapuh dan bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Dia masih terus menangis. Biarlah, biarkan dia luahkan semua yang tersimpan dalam benak hatinya baru aku bertanya. Di kala itu sempat hatiku berbisik, kenapa dia cari aku? Bukan dia ada ramai kawan yang lain ke? Haish… aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku boleh berjumpa dia walaupun dalam situasi yang tidak dijangkakan.

Akhirnya dia berhenti menangis.

“Hana..” kataku perlahan sambil mengusap bahunya. Dia memandangku dengan pandangan kosong dan aku membalasnya dengan mimik muka apa kisah ni?

 “Iman, nak tahu tak bapak aku tu tak gune,!” aku tidak terperanjat dengan kata-kata itu kerana aku dah lali mendengarnya. Sejak dulu lagi dia betul-betul benci bapanya. Lalu masa 30 saat telah kuhabiskan mendengar segala caci maki yang keluar dari mulutnya tanpa segan silunya mengenai bapanya. Aduh, melampau budak ini! Nak jadi anak derhaka apa?

“istighfar kawanku.. jangan diikutkan sangat amarahmu itu..” kataku secara bertatabahasa sambil mengurut belakangnya. Memang itulah aktiviti yang akan ku lakukan setiap kali apabila gadis yang 90% memiliki genetic bapanya itu marah.

“kau tahu tak orang tua tak sedar diri tuh halau aku? Dia maki aku, baling aku dengan penyapu.. sampai hati dia…..” air matanya mula berlinangan semula.

“die…. halau kau?!” kali ini aku betul-betul terperanjat. Sepanjang aku berkawan dengannya, sejarah pertengkaran antara bapa dan anak perempuan memang acap kali berlaku namun selepas itu bapanya akan meminta maaf dan membelanja mereka sekeluarga makan di luar. Tetapi kali ini, aku jangka pertengkaran yang sangat serius sehingga membabitkan adegan menghalau keluar dari rumah.

“die cakap…., berambuslah kau.. anak tak gune tak sedar diuntung! Kalau kau mati dari kecik kan senang…tak payah menyusahkan hidup aku….” Aku memegang bahunya lembut, menepuk belakangnya perlahan-lahan. Aku dapat rasakan kesedihan, kesakitan, kesengsaraan pada setiap bait kata-katanya. Aku simpati pada gadis yang sepatutnya sentiasa ceria dan selalu menceriakan orang lain dengan lawak jenakanya. Dia menekapkan mukanya di bahuku dan menangis kembali.

“tapi korang gaduh pasal ape sampai kena halau ni?” tanyaku perlahan. Dia bingkas bangun dan mengesat mata serta mukanya.

“tanyelah bapak aku yang s*al tuh!”

“astraghfirullah… Hana, istighfar banyak-banyak.. ingat Allah.” Tegurku dengan lembut. Dia menjelingku kemudian mendengus keras.

“mak aku dah banyak kali suruh aku istighfar~ aku dah boleh jadi kumpulan nasyid dah ni….” Sempat dia melawak bodoh. Aku tersenyum sinis.

muka kau nak nasyid? Kain pun tak cukup!!! Tapi aku tak luahkan pun kata-kata itu.

Satu perkara yang membuat aku sedikit terkilan sepanjang aku tidak berada disampingnya. Dia telah berubah. Biasalah bagi seorang budak perempuan yang semakin meningkat remaja serta hormon-hormon estrogennya begitu aktif untuk berubah tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Dahulu dia seorang budak perempuan yang patuh dengan tuntutan syarak dengan menutup aurat, sentiasa solat 5 waktu sehari semalam malahan atas perlakuan dia yang selalu memakai tudung menjadikan aku juga terikut memakai tudung. Sekarang semuanya dah terbalik. Semua dah berubah. Aku pandang dia dari atas ke bawah. Mak ai, seksi nak mati. Err.. seksa nak mati! Dia hanya memakai outfit t-shirt untuk budak 5 tahun dan seluar pendek berwarna hijau tua.  Ya Allah, bukalah pintu hatinya untuk menutup aurat.

Dia perasan yang aku memandang atau lebih tepat merenung dirinya dari atas hingga ke bawah.

“oi, Iman! Kau pandang ape tuh? Gaye cam nak rogol aku je!!” nampaknya gaya bahasanya  yang tidak berubah dari dulu lagi. Aku tergelak kecil. “dah seksi….pandang jelah…”

Ustazah ada berkata, sebagai pelajar sekolah agama, kita ini akan menjadi role model bagi kawan-kawan yang social di luar sana. Jadi kita kena tunjukkan teladan yang baik dan menegur mereka mana yang salah. Namun, aku tak tahu macammana nak tegur minah seorang kat depan ini. Fikiranku kembali ke reality.

“jadi, malam ni kau nak merempat kat mana?” Tanyaku secara sarkastik. Dia hanya mengangkat bahu.

“aku rase better kau balik je. Bapak kau bukannya serius sangat nak halau kau tuh….. percayalah……….” Aku sempat nyanyi lagu percayalah dari penyanyi terkenal Datuk Siti.

Dia memandang aku dengan tak puas hatinya. Sebelum apa-apa baik aku tutup mulut.

“please, I need someone to comfort me……not to mention about that old man!”

‘’you still got his face….”

“but I’m pretty!”

‘’You are prettier in hijab…like you did before……..’’ bisikku perlahan namun aku pasti dia dapat mendengarnya dengan jelas. Seperti yang ku jangka, dia merenungku meminta kepastian. Aku hanya tersenyum simpul.

“hmm, sudahla!” dia menarik tanganku dan mula berjalan.

“eh, kau nak kemana ni?”

“ape kate kau temankan aku ambil angin malam? Hehe”

“eh tapi dah pukul 10 lebih.. dah lewat malam kot!”

“malam ni kau jadi nakal sket macam aku, okay?”


_______________________________



Selalunya apabila 2 orang yang sudah lama tidak berjumpa, bertemu..pasti banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Tapi apa yang aku rasakan kini adalah kejanggalan yang nyata. Bukanlah aku langsung tak selesa berjalan bersama dia. Kami telah berkawan sejak dari darjah satu, kadang-kadang aku boleh baca apa yang difikirkan budak ini. Cuma aku tak tahu nak bercakap tentang apa dalam situasi sekarang ini.. Takkanlah aku nak tanya “hei kau dah bace Budak Getah vol 63?” Mahu tak digelakkanya nanti!  Dulu kami memang berkongsi cerita yang sama tentang segalanya. Tapi hidup dalam suasana yang berbeza menjadikan cerita dan fikiran kami juga berlainan. Aku pasti kami berdua sekarang adalah seperti kutub utara dan selatan, tak perlu tengok jauh-jauh dari penampilan kami saja orang dah boleh tahu.

Dan jika diingatkan kembali, sejak dari dulu kami sebenarnya mempunyai minat yang berbeza, dia lebih kearah boys, fesyen,stail, pakaian, dan pelik juga hakikat die amat meminati motorsikal, aku masih ingat dia selalu menunjukkan katalog pakaian terbaru dan juga menunjukkan model motor idaman yang ingin dimilikinya.

“Iman, nanti bile aku dah ade motor sendiri…aku nak kau jadi orang pertama yang aku bawa”
 die pernah berkata begitu. Tetapi, kami terputus hubungan untuk seketika. Dan dia berjaya memiliki sebuah motor sendiri, Cuma aku bukanlah orang pertama yang memboncengnya motorsikalnya.

Apa yang buat aku terkejut betul hari itu,- 2 tahun yang lalu, mungkin. Dia tiba-tiba datang kerumahku menunggang motorsikalnya dan mengajak aku keluar, kebetulan aku baru pulang dari kelas tambahan. Katanya dia tak habis-habis ditimpa malang dan kecelakaan, kemudian baru dia teringat janjinya padaku. Dia perlu mengotakan janji itu baru nasib malang akan pergi dari dirinya.
Aku hanya ketawa – rasa kelakar sebab dia percaya benda karut macam tu dan kelakar sebab aku tak ingat langsung tentang janji tersebut. dan dia pun ketawa juga – sebab tekaan dia bahawa aku pasti tak ingat janji tersebut betul.

Yep, minat dia memang berbeza dengan aku. aku bukanlah seorang yang suka bergaul dan bersosial sepertinya. Aku jenis budak yang suka duduk rumah, menonton televisyen, membaca komik, main game.. haha bosan kan aku ni? Apa yang menghairankan aku, perbezaan kami sangat banyak tetapi kami masih menjadi kawan baik. Ups, pernah menjadi kawan baik.

Kami berdua seperti watak tipikal dalam drama, dia selalunya seperti si heroin yang ceria, peramah dan sukakan cabaran manakala aku pula pengikut heroin yang tak menyerlah dan tak mempunyai dialog sepanjang penceritaan.

Dan sama seperti sekarang, dia tak henti-henti bercerita mengenai kehidupan sosialnya. Dia dan teman lelakinya (yang silih bertukar ganti), teman-teman rapatnya di sekolah, kisah nakal adventurenya, Aku hanya tersenyum dan sesekali menyampuk. Sejak dulu, aku memang suka mendengar dia bercerita.. mungkin disebabkan dia memang pencerita yang baik atau mungkin aku lebih suka untuk menjadi pendengar yang baik.

Well, sahabat yang baik ialah pendengar yang baik. Kan?

Aku memandang wajahnya yang tadi dibanjiri air mata tapi kini semakin pulih dan hampir kembali ceria. Dia ketawa, aku turut ketawa kecil. Dia menceritakan pelbagai insiden yang kelakar, dan aku ketawa kecil. Dia ketawa sambil memukul lenganku manja, aku tersenyum.

Sekurang-kurangnya, dia tidak menangis lagi. Namun, aku tahu, walaupun dia ketawa, walaupun dia bercakap dengan suara yang ceria, walaupun dia masih boleh menarik tanganku dan melompat seperti kanak-kanak yang baru dapat lolipop, aku tahu dia masih bersedih. Senyuman yang terpalit di wajahnya tak cukup untuk menyembunyikan kepedihan di hatinya.

“Iman, kau dah ade pakwe?” tiba-tiba dia bersuara, menyoal sesuatu yang aku tidak jangkakan. Aku hanya tersenyum sinis. Penuh sinis.

“kau rase?”

“mesti kau ade kan? Yelah..kau kan pandai, cantik..tapi taklah secantik aku…haha”

“aku single lagi lah.”

“aku dah agak..”

“Kau dah agak?”

“Yelah, sejak dulu, kau memang tak berminat nak bercintan cintun ni kan?”

“Aku tak rase benda tu sume penting..pelajaran yang utama! Lagipun tahun ni kita SPM”

“Perli aku nampak?!”

“Haha, baguslah kalau kau sendiri perasan..”

“Haihh” Dia mengeluh.

“Kenapa?”

“Serius wei, aku rase tak semangat langsung nak SPM..”

“Kita tetap kena hadapinya juga. Semangat tu tak ade mungkin sebab takde sape yang nak sokong kau?”

“Agaknya…”

“Kalau macam tu, aku akan sentiasa sokong kau! Hana, fighting!!!”

Dia ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

“Im..im..kau memang tak berubah. Tetap positif selalu!”

“Taklah..aku sebenarnya…pesimis orangnya..”

Kami berhenti berjalan seketika. Dia merenungku aneh.

“kau pesimis?”

“mungkin..sebab dalam ape-ape situasi pun, aku akan fikir yang negative dulu..”

Hana ketawa.

“itu namanya realistic.. fikir kemungkinan yang buruk dulu..”

“haha, betul juga. Pandai kau!”

“well, aku kan selalu dapat no.2 dulu dalam kelas…” Hana mula membangga diri sambil mengusap dagunya seperti professor gila.

Aku tersenyum sinis.

“sape yang no.1 tu ye? Setiap kali ujian dan periksa dapat no.1 tu ye??”

Hana memandangku dengan mata membuntang lalu memukul lenganku kuat.

“tak payah nak bangga la kannn……”

Aku lari dari terus dipukul Hana yang kemudian mengejarku seperti kami sedang bermain police and thief. Sememangnya sejak darjah satu sampailah ke darjah 6, kami adalah pesaing yang sangat sengit. Aku selalu dapat no.1 dalam kelas. Dan dia pasti dapat no.2. takde muka lain dah selain dari kami. Kalau hari kecemerlangan tu aku mesti kena sorokkan semua hadiah sebab nanti dia akan membuat cubaan untuk merompak.

Aku masih ingat lagi semasa hari kecemerlangan terakhir kami pada tahun 2006, di mana selepas itu kami akan mula melangkah masuk ke sekolah menengah. Aku mengangkut berbondong-bondong hadiah untuk dimasukkan ke kereta. Dan dia muncul lalu merompak hadiah utamaku. Kami berlari berkejaran satu sekolah semata rebutkan hadiah tersebut!

Kenapa lah aku tak terfikir yang masa itu dia bukan nakkan hadiah aku, dia cuma ingin cipta lebih banyak moment bersama kerana selepas ini belum tentu kami akan bersekolah bersama.

Kenapa lah aku tak bagi saja terus hadiah tersebut?

Sekurangnya, dia akan ada barang kenangan dari aku.

Dan sewaktu aku sibuk berkhayal mengenang kisah silam, dia telahpun selamat menangkap ku dari belakang.

Aku biarkan saja.

Sekarang baru aku terasa betapa aku rindukan budak ini. Budak pendek yang sekarang sudah menjadi gadis cantik yang seksi. Budak yang dah tinggi dan membesar ini..

Tiba-tiba aku ketawa. Ketawa penuh riang. Dan buatkan Hana berasa ngeri lalu membuat cubaan untuk membaling ku batu kerana fikir aku sudah dirasuk setan.


--------------------------------------------------------


“Kau tahu im.. dulu aku selalu cemburu dengan kau!”

Aku terkedu.

“kenapa pula? Kau lagi cantik dari aku, so?”

Hana membuat muka bangga lagi. Kali ini ditambah dengan pose ala-ala model.

“aku tahu, aku memang paling cantik skali.. cume aku masih kalah dengan kau!”

“sebab aku selalu no.1 dan kau no,2?”

“err.. ye..”

“serius? Lol” aku seperti nak ketawa.

“kau takkan faham perasaan orang yang selalu kedua terbaik…”

“itu cume ranking no yang tak bermakna…” kataku serius.

Aku ketawa. Dia memukul belakangku lagi sekadar melepaskan geram. Rasanya balik rumah nanti aku kena cari mesin urut.

“itu semata ranking nombor semasa kita sekolah rendah..i never thought that u care bout that?”

“I did care.. before..”

“before? … How bout now?”

Dia terdiam. Seperti focus dalam satu pemikiran yang teliti.

“aku sebenarnya nak kalahkan kau..”

“..yeke?”

“sebab aku ada misi untuk kalahkan kau..dan dapat no.1, baru aku rajin belajar!”

Aku mengangkat kening ala-ala ziana zain termakan cili dalam maggi. Jadi, aku sudah faham situasi dia sekarang. Dia mungkin tidak ada pesaing terdekat untuk dia kalahkan sekarang sebab itu dia kurang semangat untuk SPM? Kalau diikutkan dia budak yang pandai dalam pelajaran!

“..tapi sekarang kenapa aku bengap sangat ye?” luahnya tiba-tiba sambil mengetuk kepala sendiri.

Aku hanya tersenyum.

“kau tak bengap lah! aku selalu rasa kau lebih pandai dari aku…” kataku tiba-tiba. Dia menoleh hairan.

“Seriously hana, kau yang ajar aku banyak perkataan dalam BI, dan aku takkan lupa mase darjah tiga.. aku tak faham langsung ape cikgu ajar kat depan pastu kau yang terangkan dan kau yang ajar aku camne nak bahagi! Sebabkan kau aku boleh bahagi sekarang ni! xD” luahku agak semangat. Itulah realitinya. Dia memang hebat dalam bahasa inggeris dan matematik sejak dulu lagi. Aku betul rasa kagum pada dia pada masa itu.

“I did?” dia kelihatan terkejut.

“Ye.. dan kau juga yang ajar aku camne nak main badminton, gasing, tutup botol, batu seremban, lagi ape? daun terup.. ingat tak kite main daun terup kat rumah kau gune duit saidina?”

“oh ye ye ade haha lawaknye..” kami ketawa bersama mengenangkan aktiviti naïf kami dahulu.

“aku sebenarnya tak tahu banyak perkara.. kau yang banyak beri tunjuk ajar pada aku…terima kasih ye cik hana”

“sama-sama..”

Dia tersengih. Aku ikut tersengih macam kambing gurun.

“jadi, kau sebenarnya bukan tak pandai, kau Cuma kurang sumber inspirasi.”

“sumber inspirasi?”

“yep, macam contohnya kau jadikan aku sasaran untuk dikalahkan.. sebab tu kau ade semangat berkobar untuk belajar..”

“hm betulla tu…”

“kau takde sasaran sekarang ni?”

“sasaran apenya.. semua geng aku hampeh cam bangang je hahak, ajak aku mengjahanamkan diri jekk” katanya sambil ketawa.

Kawan memang memberi peranan yang besar dalam perkembangan jati diri kita.

“sebab tu kite kena pandai pilih kawan…” kataku tersenyum.

“habis kau nak kate aku ni dah salah pilih kawan lah?”

“agakla…” balasku jujur. Dia pula yang melemparkan senyuman sinis.

“nak buat camne, aku dah terjebak dengan diorang sejak aku masuk sekolah menengah lagi..”

“tapi kita boleh pilih untuk tidak terpengaruh..”

“aku tak kuat macam kau im…aku lemah…mudah terpengaruh..”

“hana..”

“lagipun, kalau kau ade, mungkin aku tak jadi camni..kan?”

 Aku terdiam. Tak tahu nak kata apa.




“im.. kau nak masuk sekolah mane nanti?”

“ntah,.. kau?”

“aku pun tak tahu tapi aku rase aku sekolah smk sri melur je..dekat dengan rumah! Lagipun abang aku pun sekolah situ..”

“ntahla…”

“kau sekolah lah situ jugak..nanti kite boleh pergi sekolah naik basikal same-same..ye, skola dengan aku ye?”

“hm.. okay..”


 “weh, im ! asal kau tak datang mase pendaftaran? Sekarang tengah minggu orientasi..” 

“oh, mak aku..die dah daftarkan aku kat skola lain..sekolah agama..”

“oh, yeke….hm takpela! Bye..”

“hana!”



“kau tak tahu..” tuturku perlahan.

“tahu ape?” balasnya sambil lewa.

“kau bayangkan, semua budak kelas kite dulu hanya aku seorang yang sekolah lain. Bayangkan perasaan aku bila seorang diri, pergi ke tempat baru yang penuh dengan orang asing. Aku kena survive sendiri han.. waktu mula-mula aku langsung takde kawan. Betapa aku berharap kau ade kat situ untuk temankan aku.. tapi kau takde.”

“bodoh, aku pun harap kau ade di samping aku! Tapi kau takde!”

Masa seperti terhenti seketika. Selepas hampir 5 tahun, baru aku, err.. kami luahkan perasaan masing-masing yang terbuku di hati.

Aku renung dia. Dan dia renung aku balik.

Dia ketawa besar.

“Hoi, macam confess cinta la pulak!!”

Aku ikut ketawa sekali.

Dan ianya sangat awkward. Kami jadi agak janggal selepas itu. Selepas beberapa langkah yang senyap dan kepala ditoleh kearah yang berlainan. Aku patut mulakan semula perbualan!

“er..” kami bercakap serentak!

“kau cakaplah dulu!” serentak lagi, macam dalam drama sitcom!

“tapi sekarang ni kite masing-masing dah ade geng sendiri kan?” Tanya nya untuk kepastian. Aku membuat muka ‘mestilah’.

Aku patut berasa terharu kerana aku mulakan hari pertama persekolahan seorang diri lagi sebatang kara dan sekarang ini, hampir satu sekolah sudah mengenali diriku atas siri-siri kejayaan dan cubaan untuk meraih popularity murahan yang diusahakan ku selama ini. Aku juga memperolehi beberapa kawan baik yang sekepala dengan ku. Senang cerita, zaman sekolah menengahku setakat ini sangat seronok dan bahagia. Aku tak menyesal taat perintah ibuku yang sesuka hati mendaftarkan aku ke sekolah asing tanpa pengetahuanku.

Cuma kadang-kadang aku terfikir, apa akan berlaku kalau aku bersama Hana?

Di sekolah yang sama.

Pasti kami jadi BFF yang langsung tak boleh dipisahkan.

Mungkin.

Yang aku pasti sekarang, status kami hanyalah sebagai kawan lama.

Ya, kawan lama.

Dan aku tak rasa status itu akan berubah.

Akan kekal sebagai kawan lama.


“cume..lepas aku masuk sekolah lain.. kite terus tak selalu jumpe kan? Terus renggang..” kataku menyambung perbualan.

“yelah.. orang tu sibuk dengan sekolah baru die.. langsung tak keluar rumah.. “ balasnya dengan nada menyindir ku.

“orang tu pulak, dengan kawan baru die, jalan sana sini dengan motor baru die jugak…” aku ikut menyindir sambil ketawa kecil. Dia menjelir lidahnya.

“eleh, orang tu yang tak mahu ikut bile diajak lepak luar!” sambungnya lagi.

“habis, orang ni tak boleh miss nak tonton drama pukul 5 setiap petang..” aku memberi alasan yang sangat buruk.

“see, orang tu lagi pentingkan tv dari kawan die sendiri..”

Padahal hakikatnya aku memang tak suka keluar rumah dan tambahan pula Hana selalu melepak dengan ramai lelaki. Lagilah aku menolak ajakannya untuk lepak bersama. Seingat aku selepas itu Hana langsung tidak pernah mengajakku keluar lagi. Sampai sekarang.

“4 tahun kemudian…2 orang pelik itu sedang berjalan berdua lewat malam….” Gurauku cuba menamatkan kisah tak berpenghujung ini. Dia tergelak dengan dialogku.

“seorang baru dihalau dari rumah manakala lagi seorang tak tahulah ape masalah die..” Hana menyambung kembali kisah sengal ini.

“seorang lagi tu ade kuiz sejarah esok tapi die tak study ape-ape dan pergi merayau dengan orang yang baru kena halau…mereka memang tiada motif..”

Kami ketawa serentak. Terus berjalan kehadapan tanpa arah tuju yang jelas. Sudahla waktu malam, sunyi, gelap, nasib baik ada lampu jalan! Kemudian kami melalui deretan kedai di taman perumahan tu. Dahulu kami selalu bermain explorace di kawasan ini. Ah, kenangan..

“tiba-tiba orang yang kena halau tu rasa lapar…dia harap orang yang ade kuiz sejarah esok ade duit untuk belikan die aiskrim..” Hana cuba memanipulasi kan aku untuk belanjanya dengan senyuman dan mata bersinar itu.

“Aiskrim pop je ye?”

“Alah, kedekut siakk!!”


----------------------------------------------------------------------------


Aku melihat skrin hp ku, jam sudah menunjukkan pukul 11.55 malam.

Ya Allah, lewatnya aku masih merayau kat luar ni! >.<

Harap tidak berlaku apa-apa yang buruk.

Aku ni pesimis, eh tak. Realistic.

Sekarang ini pun aku dah fikir benda bukan-bukan. Banyak perkara buruk boleh terjadi malam-malam ini, apatah lagi kami berdua ini hanya dua gadis lemah yang naïf – sangat sesuai untuk dijadikan sasaran pemangsa di luar sana.

Kami sudah kembali ke taman permainan tadi selepas pusing satu taman (tanpa motif) dan duduk di buaian sambil melihat langit yang dipenuhi bintang, sungguh romantic. Hakikatnya Aku sudah mula takut dan pandang sekeliling dengan penuh resah gelisah sementara Hana makan aiskrim cornetto (habis duit aku) penuh selamba.

“weh jum balik?” Tanya ku menarik tangan Hana macam budak kecik yang kena paksa ikut mak pergi kenduri kahwin.

“ala rileks lah beb. Baru pukol bape..”

“baru pukul berape?! Dah lewat ni!”

Hana ketawa. Yang lebih kepada ketawakan aku.

“selagi aku tak ngantuk dan belum pukol 3, maksudnye tak lewat lagi.. haha”

“yo, kamus mane yang kau rujuk tu”

“tunggula kejap lagi..kau tengok la bintang puas2.. dulu kan kau nak jadi ahli astronomi..” gelaknya lagi. Aku pasrah dan duduk semula di buaian sebelahnya.

Aku melihat semula ke telefon bimbitku.

Eh?

Yelah!

Lagi 2 minit pukul 12. 2 minit lagi akan masuk ke hari baru.

9 Mac.

Hari jadi dia.

Aku tersenyum simpul.


Hana selesai menghabiskan aiskrimnya lalu mencampakkan bekas aiskrimnya ke tepi, atas rumput.

“amboi, pegi kutip balik dan buang kat tong sampah sane.” Tegurku. Aku memang pantang orang buang sampah merata. Mana tak Malaysia kotor dan penuh dengan sampah. Aishh..

“taknak!” Hana menjelir lidah padaku kemudian terus mengutip sampah itu cepat2 bila ku sudah buat muka monster pemakan daging tadi.

Semasa Hana membuang sampah, aku cepat-cepat menyorok.

Apabila dia tiba ke tempat kejadian, aku sudah tiada.

“Eh, mane Im? Kena culik ape?!!” dia mencari-cari diriku di sekitar kawasan itu dengan muka yang panic.

Aku muncul tiba-tiba.

Dan menekup matanya dari belakang.

Hana kelihatan terkejut dan terus kaku.

Sementara aku berbisik ke telinganya, dan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ dengan suara yang sayup-sayup.

Happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday, happy birthday,
happy birthday to you….

Kemudian aku ketawa dan melompat depannya lalu menjerit “Surprise!!!”

Hana masih kaku. Wajahnya kelihatan sungguh terkejut.

Beberapa saat kemudian, dia mengejarku atas dakwaan cubaan membunuh kerana membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup.

Kami pun berkejaran sebelum dia menangkapku (ya, dia pelari yang pantas.)

Masing-masing dengan nafas yang tercungap-cungap. Kemudian ketawa bersama.

“aku tak sangke kau ingat! Sebab aku sendiri terlupe!” katanya tak cukup nafas.

Aku tersenyum bangga. “dah jangan terharu pulak..”

“weh siyes weh terharu siakk aku rase nak nanges sekarang!!!”

Aku ketawa kecil. Dan dia masih teruja dengan mengatakan betapa romantiknya aku tadi. Even semua boyfriends die tak pernah buat begitu. Makin aku rasa bangga. xD

“hm tapi aku takde hadiah la untuk kau..”

“tak kire aku nak hadiah jugak!! Mane kek aku?!!” guraunya.

“minta lah boyfriend kau belikan, asal minta aku pula?” aku juga bergurau tapi dengan wajah toya. Hana mencebik.

“kedekut!”

Aku ketawa, perlahan-lahan aku mengeluarkan hpku, dan menayangkan skrinnya.

Tertera gambar kek dan lilin dengan api yang menyala.

“Nah, a special cake for a special birthday girl ! ^”

Dia membuat muka yang sungguh terharu.

“Blow the candles..and make ur wish..” suruhku, memberikan hpku dan dia meniup gambar skrin itu seperti betul-betul ada kek dan lilin di hadapannya.



“I hope ur wish come true..”


-----------------------------------------------------------------------------


Hana menghantarku pulang hingga ke rumah.

Rumahku sudah gelap gelita. Pasti semua orang sudah tidur.

“Balik rumah taw!”

“aku kan dah kena halau?”

“balik je! Bapak kau tu bukan serius pun..”

“yelah…”

“balik rumah tau.. jangan merayau lagi..” kataku mengingatkan Hana untuk keseribu kali. Dia hanya 
mengangguk lemah.

“Ye.. makcik…”

“janji dengan aku kau akan balik rumah terus.”

“ye.. janji…”

“hati-hati dalam perjalanan..”

“ye..”

“hati-hati birthday girl !”

“yelah!” Hana mula naik geram kerana aku asyik membuat nada annoying sejak dari tadi.

“Hana, apapun stay positive k? Hidup kita masih panjang lagi jadi jangan putus asa dan sentiasa buat yang terbaik. Carilah sumber inspirasi yang boleh dorong kau kearah kejayaan!” aku menjerit lagi. Jiran sebelah mungkin boleh baling pasu padaku kerana membuat bising.

“baik.. aku akan cube!”

“bagus! Hana, fighting!”

“haha.. Iman!”

“ye?”

“Terima kasih! Sebab temankan aku malam ni. Dan terima kasih untuk kek dan wish tu juga ^^”

“no problemo..”

“cara kite macam dah tak jumpe lagi lepas ni..” katanya sambil ketawa.

“yelah, macam nak berpisah untuk selamanya..”

“hm good night. Bye.”

“bye..”

Hana melangkah pergi dengan perlahan. Aku mengekori pemergiannya hingga dia hilang dari pandangan.










Dan memang itulah malam terakhir kami bertemu.

Kami,

Kekal sebagai kawan lama, hingga kini.

Tamat.








No comments:

Post a Comment