Antara pilihanraya yang penuh drama, sensasi dan kejutan yang tak disangka pernah berlaku di Malaysia. Kempennya sahaja sudah cukup semangat, apatah lagi bendera di jalan raya mahupun lorong kecil di kampung. Sangat meriah!
Sepanjang jalan kalian akan melihat bendera dan banner dengan tema warna masing-masing. Biru ada, hijau ada, merah biru putih ada, roket ada, macam-macam ada ^^. Ada yang fikir ianya berstail, ramai fikir menyemak!
Sebabkan semua bendera dan poster yang menangkap perhatian itulah banyak kali buat saya terleka ketika memandu. Hoho. Hari ini saja saya terlambat lampu hijau kerana sibuk membaca poster seorang calon di tepi jalan. Tidak mustahil kerana kelekaan dan keasyikan pemandu pada lambakan bendera yang bergantung di jalan dan tiang, boleh terjadi kemalangan! Oh, minta dijauhkan! Semua orang sila memandu dengan berhati-hati!
Berbual dengan seorang kawan ini, kami telah menyenaraikan kebaikan bendera parti yang sangat banyak tergantung. Antaranya ialah :
1) Budak-budak boleh dapat upah gantung bendera
2) Redup je jalan. sesejuk hati memandang (puii)
3) Makcik yang nak save budget boleh ambil bendera tu buat lapik meja.. takpun adjust sket2 buat baju kurung untuk raya ke hohok xD
Sekarang inilah pakcik makcik abang kakak adik jiran sebelah sepupu sepapat semua akan berbual tentang satu topik yang sama.
Yo, bukan undi itu rahsia ke?
Tapi rasanya perkara itu sudah jadi umum dan terang-terangan kerana setiap pihak sudah menjadi lantang bersuara tentang parti pilihan mereka.
Yang sokong kerajaan akan menyanyi lagu "Sayangi Selangor Yakini BN" dengan penuh semangat, (walaupun dia sebenarnye orang Pahang) sehingga ada yang menjadikannya sebagai ringtone dan ada juga makcik yang menyanyi lagu itu semasa membasuh pinggan.
Yang sokong pembangkang akan menguatkan daya diri untuk tidak terpengaruh dengan media TV, dan terus berjuang melontarkan pendapat "ini kalilah! tukar! tukar! tukar!" Kanak-kanak ribena yang mudah terpengaruh juga akan menjerit "tukar! tukar! tukar mainan baru! Bagi remaja "tukar! tukar! tukar HP/GF/BF baru!"
Sengit sungguh!
Sampai susah nak ramalkan siapa yang akan menang nanti. Kerana pertarungan kali ini betul-betul sengit, Setiap parti ada strategi dan taktik masing-masing untuk menarik pengundi. Sama ada dengan cara yang betul atau apa orang kata 'Real Politic'.
Sementara itu calon bebas paling simple - "Jangan pening-pening.. undilah...BEBAS!" (sumber : poster calon bebas yang saya baca semasa berhenti di traffic light ^^)
Nah, kempen yang dijalankan dapat menambahkan suasana meriah mood pilihan raya tetapi saya pasti ramai dikalangan pengundi sudah tahu dan tersemat di dalam hati, parti manakah yang sudah menjadi pilihan mereka.
Apa yang saya harapkan kepada para pengundi yang budiman sekalian, supaya membuat pilihan yang tepat lagi telus bukan semata hasutan dan emosi yang semberono. kerana undi anda mampu mengubah nasib negara ini.. sama ada kearah lebih baik atau lebih.. err jahanam?
Akhir kata , janganlah percayakan fitnah! ^ Fitnah adalah lebih teruk dari membunuh! Hoho
And last one... the best of all LOL xD
P/S : Bonus kisah menjelang PRU
Watak - watak
Puan PR
Puan BN
Makciksesat
Satu hari yang indah...
Puan BN sedang menyapu daun kering di laman bila dia mendengar jirannya Puan PR berteriak,
Puan PR : Hamboi birunye laman kau.....
Puan BN : Awak pun ape kurangnye.. banyak betul bulan ye?
Puan PR : Kali ini PR mesti menang! Kite perlukan perubahan baru!
Puan BN : Yang sedia ada ni pun dah cukup bagus.. kite perlu belajar bersyukur saja..
Puan PR : Tak boleh! Kerajaan sekarang tak cukup bagus!
Puan BN : Kerajaan baru pun belum tentu bagus....
Makciksesat : Undilah saya!
Puan BN : eh, awak ni bertanding calon dun sekali ke?
Puan PR : yelah! calon mane?!
Makciksesat : Undilah saya dalam Suara Emas! Ohohoho~~~
Krik.. krik.. Tamat.. (booo skrip yg teruk!)
No comments:
Post a Comment