[Master's Sun Parody]
Starring:
Joo Joong Won - Atyn Bella
Tae Gong Shil - Amisa Ahmad
Secretary Kim - Hertz Chooi
Episod 1
Malam yang suram itu dimeriahkan dengan hujan lebat beserta guruh yang berdentum serta kilat sambar menyambar, seorang gadis berjalan perlahan menuju ke tong sampah di tepi sudut tepi dinding bawah bangunan yang didudukinya.
(muzik opera dimainkan di latar belakang)
"aish banyak betol sampah! aku memang pantang betul orang buang sampah merata.. mane la Malaysia tak kotor cenggini!" bebelnya tekun memasukkan beberapa plastik sampah yang dikumpulanya ke dalam bekas kitar semula.
Hujan makin lebat, angin kuat mula bertiup. Syiuuu~~
"Huuu.. sejuuuukkk..." Gadis itu menggigil kesejukan walaupun dia sudah memakai sweater tebal berwarna kelabu yang dibelinya di Pasaraya The Store dengan harga promosi RM60. Sememangnya dia sangat tak tahan sejuk.
Kerana apabila sejuk, dia akan diserang...
Angin.
"Cik Ami.. cik ami..CIK AMI!"
Gadis yang berlutut di tepi penjuru kesejukan terkejut memandang ke atas anak tangga, seorang wanita berusia yang bergaya memanggilnya.
"Kipas dalam bilik no 404 itu rasanya ade masalah, cube kamu tengok dan betulkan sekali?"
Gadis bernama cik Ami itu hanya mengangguk taat.
"kipas?!"
Guruh masih galak berdentum dan kilat masih seronok sambar menyambar,muzik saspen penuh misteri pula makin rancak kedengaran. Perlahan-lahan cik Ami melangkah ke bilik 404.
Kreekkk...
Pintu dibuka perlahan, sedikit-sedikit dan zuppppp!!! Cik Ami hampir tercampak ke belakang! Kipas itu berputar begitu kuat. Seluruh anginnya terbang laju menuju ke gadis malang itu.
"Tiiidaaaaakkkkkk!!!"
---
"hm, nak order ape?"
"Tutti Frutti!"
Secretary Chooi mengerutkan keningnya yang jarang dan payah untuk dilihat kepada Encik CEO yang masih ingin makan benda mahal itu di kala hujan lebat ini.
"You ni Master, memang takde menu lain mesti aiskrim tu je! Tak takut selsema ke? Nanti I juga yang susah kena buat sume keje" Tegur
dan bebel Secretary Chooi.
Lelaki itu hanya ketawa sinis. "Eh helo, ini bukan aiskrim.. ianya yogurt berkhasiat :3"
"Okay.. yogurt whatever.. taknak makan ape2 yang lain? nasi ke?" Secretary Chooi menyambung lagi bebelannya sambil mengilap kuku penuh versatil.
"Okay, nak makan tomyam!"
"Die ni, dah makan sejuk, makan pedas pula?"
"Lantak!"
"Sukati you lah! Lepas ni kite pegi isi minyak ok?"
---
Myvi berwarna silver metallic bernombor plat WYG*** itu menyusur laju di atas jalan raya yang basah dan masih lagi dibanjiri hujan. Secretary Chooi yang memandu dengan penuh fokus lagi berhemah memandang ke belakang melihat CEO nya yang khusyuk melihat skrin HP.
"Master, perut you okay ke?"
"kenapa dengan perut I pula?"
"Kalau I makan tutti frutti dengan tomyam, mesti perut I dah meragam masuk angin.."
"Perut ku kental, angin tak boleh masuk! B-)"
"Yelah master oi.."
Secretary Chooi kembali fokus pada pemanduannya, di waktu malam dengan hujan yang lebat itu, dia melihat kelibat seorang gadis berpakaian serba putih di tepi jalan melambai tangan.
"Uitt uitt.. itu han han hantu ke orang tu..." tegur Secretary Chooi cuak.
"Jangan tegur... jalan terus...." Encik CEO memberi arahan dengan wajah tegang.
"Baik...."
Kereta myvi itu terus bergerak laju tanpa rasa belas kasihan. Si gadis yang menahan kereta rasa penuh kecewa.
"cis, aku da buat gaye menggoda ni asal kereta tu taknak bagi tumpang? kejjam.." luahnya bengang. Sudahla dia perlu menghantar semua sampah termasuk kipas rosak yang menghantar segala macam angin padanya. tetapi masih tak pasti apa motifnya buang pada malam hari di waktu hujan lebat pula tu! misteri... lalala~
"aduh.. sakit belakang dan tengkuk aku.." gadis itu sibuk mengurut belakangnya kemudian perasan akan sesuatu.
"Eh, Myvi tadi berhenti lah!"
Dumm!! Kilat yang sangat dekat lagi terang membuatkan secretary chooi trauma dan terus membrekkan kereta.
"Eh, kenapa berhenti?!" tanya Encik CEO terkejut.
"I takut kilat!!!"
Pakk! Pintu kereta terbuka.
"Waargghh!!" jerit secretary chooi dan encik CEO serentak.
"Tadaa! terima kasih sebab bagi saye tumpang!" Gadis berpakaian hujan berwarna putih itu menyerbu masuk kedalam kereta tanpa segan silu.
"Hoi kamu sape? kkeojyeo!"
"ape tu kojo? tak kasihan ke pade saye ni sudahla hujan lebat.. boleh tolong hantarkan ke taman nusa? blink blink?"
Gadis itu mula memberikan pandangan penuh bersinar disertai bintang2 kecil di tepi.. Encik CEO tak dapat menahan sinaran yang terlampau bersinar itu..Arghh silau!!
"Okay, duduk dan jangan cakap ape2!" kata Encik CEO nada dingin tanpa menoleh sedikitpun pada gadis sesat itu.
"Yeay terima kasih! ^^" Gadis yang terlampau teruja itu tanpa disedari terpegang lengan encik CEO. mereka berdua berpandangan serentak.
Wajah tegang.
"Burrpppp!!!"
Encik CEO tiba-tiba sendawa.
"Burrppp.. kenapa tiba2 rase badan penuh angin ni? burppp!!" Encik CEO terus sendawa dengan muka yang nazak dan perut yang sungguh tak selesa.
Cik Ami menekup wajahnya yang kelihatan teruja.
"kenapa ku rase sangat selesa dan bahagia?" monolognya seorang diri dan menoleh kearah encik CEO yang asyik sendawa.
"Kenapa tibe2 master banyak angin ni??" Secretary Chooi berasa sungguh hairan.
"mungkin sebab dia da serap angin dari badan saye kott." balas cik Ami dengan senyuman ceria.
Encik CEO yang nazak menoleh kearahnya penuh kebengisan.
"Kkeojyeo!!!!"
Bersambung. lalala~~
p/s :
cik ami : kojo tu ape?
encik CEO : BERAMBUS !!!