Monday, October 14, 2013

The Master's Wind [ep2]



tengokla wajah si baju putih yang penuh muslihat dan pemanduan yang fokus itu xD

  
Sejak dari kecil cik Ami ada masalah angin yang serius. Ketika bayi dia tidak berhenti menangis kerana perutnya masuk angin tetapi dari menyapukan perutnya dengan minyak yuyi cap limau, ibu bapa nya bersusah payah berjumpa bomoh atau para ustaz kerana menyangka bayi kecil tidak bersalah itu diganggu hantu syaithon. Apabila menginjak usia remaja, cik Ami selalu mengalami sakit belakang yang ketara dan merupakan pelanggan tetap kedai runcit Morgas untuk membeli koyok ataupun minyak urut buah pala. Rakan-rakan sering takjub dengan beliau yang sering masuk angin dan akan berubah suara pada bila-bila masa. Suaranya yang lemah gemalai merdu seperti Siti tiba-tiba bertukar menjadi suara Nasir Bilal Khan. Rakan-rakan hampir membacakan surah yassin kerana menyangka beliau dimasuki roh. Tetapi hakikatnya hanyalah segumpal angin telah tersekat di ulu hatinya.

Urgh, sangat tidak selesa.

Jadi dia yang setiap masa sering dibelengu masalah angin berasa sungguh selesa dan bahagia apabila berjumpa seorang lelaki di tengah hujan lebat ini dan tiba-tiba dia sudah tidak sakit belakang lagi. Dia tidak bertukar suara garau kerana angin penuh di dada lagi.

Dia rasa sungguh ringan.

Rasa bebas.

“BERPPP!!”

Cik Ami menoleh kea rah Encik CEO yang masih lagi sendawa dengan wajah penuh tersiksa. Dia ketawa kecil. Adakah lelaki yang tidak dikenali ini boleh menyerap angin dari badannya keluar?

Hehehehehe

Cik Ami mula berniat untuk menggunakan lelaki bersut hitam dan kelihatan kaya tetapi kini asyik sendawa untuk kepentingan dirinya sendiri.

Jika aku berdekatan dengan Encik ini.. pasti aku tiada angin!

“Muahahahaha!!” Cik Ami ketawa kejam dengan kedua tangannya terangkat dan muzik orchestra rancak di belakang! Encik CEO dan Secretary Chooi menoleh kearahnya penuh hairan.

“Hei perempuan, kamu ni gile ke ape tetiba gelak begitu?” herdik Encik CEO dengan kasar.

“Ups.. sorry.. ingatkan ketawa dalam hati je tadi.. hahaha..” Cik Ami sengaja buat muka bajet comel padahal erghh minta kayu dan mata yang dibuat eye-smile meniru gaya trademark kebanyakan artis korea terutama coughtiffanysnsdcough.

“Kamu ni ketawa ke tidur?” tanya Encik CEO musykil kerana mata cik Ami sudah kelihatan sebaris garisan sahaja. Kalau perempuan pelik ni sudah tidur senangla dia tinggalkan saja beliau di tepi jalan!

“Wow, sepet nya you ni!” Komen Secretary Chooi tiada perasaan padahal mata dia pun lebih kurang spesies je Cuma dia besar sikitla.. ala besar sikit 1cm je pung! Komennya membuatkan cik Ami terkesima sebentar.

“K fine k fine saye ni sepet.. nak majokk la camni.. turunkan saye sekarang >,<” Cik Ami pura-pura menarik pintu kereta disebelahnya penuh dramatic.

“HAA BAGOS, KKEOJYO!!!” Halau Encik CEO dengan trademark tangannya (get out from my sight)

“Ehh tak tak saye bergurau senda je tadi.. ala tolongla hantarkan lagi sikit je nak sampai rumah saye.. blink blink”

“Ye pape jela.. tapi lepas ni, jangan muncul lagi depan mata ku.. erghh kkeojo!”

“Baiklah..^”

Kereta Myvi itu membelok penuh aksi apabila melalui selekoh lalu menyebabkan cik Ami yang tidak seimbang tergerak ke kiri yakni berlanggar dengan Encik CEO. Encik CEO yang rimas terus menolak gadis itu ketepi semula menggunakan jari telunjuknya yang berharga.



Tiba-tiba terasa satu perasaan sensasi.

Encik CEO rasa ringan semula.

Manakala Cik Ami yang kesakitan.

“Aduhh.. angin datang balikk!!! >,<”

Encik CEO terpegun seketika. Dia melihat jari telunjuknya berulang kali. Dia mencucuk bahu cik Ami semula.

“BERPPP!!!”

“Yey da tak sakit! ^”

Dia cucuk bahu gadis itu semula. 

“Oh rase lega!”

“Aduhh.. anginnn…”

“Eh angin tu main ulang alik pulak!” Komen Secretary Chooi sambil menoleh sedikit ke belakang. Ah, lantak la baik dia focus pada pemanduan, maklumlah impian dia kan untuk dinobatkan sebagai pemandu berhemah dan setiausaha terbaik di Malaysia.

Mereka memandang satu sama lain penuh tegang. Mata masing-masing dikecilkan (kes cik Ami terus nampak garisan jek), focus disasarkan, muzik makin rancak di radio, ibarat satu pertarungan hebat akan bermula.

Cik Ami mencucuk tangan Encik CEO dengan wajah penuh dendam dan Encik CEO akan mencucuk dia semula. Mereka pun saling cucuk mencucuk sangat sengit lagi penuh ekstrem sehingga menyebabkan Myvi silver itu bergoyang dan tidak stabil secara tidak langsung menganggu pemanduan secretary Chooi.

SKREETTTTT !!!!

Dua budak yang duduk di belakang itu terus kedepan lalu berlanggar dengan kerusi hadapan apabila Myvi itu membrek secara tiba-tiba.

Secretary Chooi menarik nafas dan menoleh ke belakang.

“Kamu berdua, KKKEOOJOO!!!!!”




bersambung~ lalala~ xD

1 comment:

  1. lol
    daebak..
    main cucuk2 untuk transfer angin..
    good idea..

    ReplyDelete