![]() |
tengokla wajah si baju putih yang penuh muslihat dan pemanduan yang fokus itu xD |
Sejak dari kecil cik Ami ada masalah angin yang serius.
Ketika bayi dia tidak berhenti menangis kerana perutnya masuk angin tetapi dari
menyapukan perutnya dengan minyak yuyi cap limau, ibu bapa nya bersusah payah
berjumpa bomoh atau para ustaz kerana menyangka bayi kecil tidak bersalah itu
diganggu hantu syaithon. Apabila menginjak usia remaja, cik Ami selalu
mengalami sakit belakang yang ketara dan merupakan pelanggan tetap kedai runcit
Morgas untuk membeli koyok ataupun minyak urut buah pala. Rakan-rakan sering
takjub dengan beliau yang sering masuk angin dan akan berubah suara pada
bila-bila masa. Suaranya yang lemah gemalai merdu seperti Siti tiba-tiba
bertukar menjadi suara Nasir Bilal Khan. Rakan-rakan hampir membacakan surah yassin kerana menyangka
beliau dimasuki roh. Tetapi hakikatnya hanyalah segumpal angin telah tersekat di
ulu hatinya.
Urgh, sangat tidak selesa.
Jadi dia yang setiap masa sering dibelengu masalah angin
berasa sungguh selesa dan bahagia apabila berjumpa seorang lelaki di tengah hujan lebat ini dan tiba-tiba dia sudah tidak sakit
belakang lagi. Dia tidak bertukar suara garau kerana angin penuh di dada lagi.
Dia rasa sungguh ringan.
Rasa bebas.
“BERPPP!!”
Cik Ami menoleh kea rah Encik CEO yang masih lagi sendawa
dengan wajah penuh tersiksa. Dia ketawa kecil. Adakah lelaki yang tidak
dikenali ini boleh menyerap angin dari badannya keluar?
Hehehehehe
Cik Ami mula berniat untuk menggunakan lelaki bersut hitam
dan kelihatan kaya tetapi kini asyik sendawa untuk kepentingan dirinya sendiri.
Jika aku berdekatan
dengan Encik ini.. pasti aku tiada angin!
“Muahahahaha!!” Cik Ami ketawa kejam dengan kedua tangannya
terangkat dan muzik orchestra rancak di belakang! Encik CEO dan Secretary Chooi
menoleh kearahnya penuh hairan.
“Hei perempuan, kamu ni gile ke ape tetiba gelak begitu?”
herdik Encik CEO dengan kasar.
“Ups.. sorry.. ingatkan ketawa dalam hati je tadi.. hahaha..”
Cik Ami sengaja buat muka bajet comel padahal erghh minta kayu dan mata yang
dibuat eye-smile meniru gaya trademark kebanyakan artis korea terutama
coughtiffanysnsdcough.
“Kamu ni ketawa ke tidur?” tanya Encik CEO musykil kerana
mata cik Ami sudah kelihatan sebaris garisan sahaja. Kalau perempuan pelik ni
sudah tidur senangla dia tinggalkan saja beliau di tepi jalan!
“Wow, sepet nya you ni!” Komen Secretary Chooi tiada
perasaan padahal mata dia pun lebih kurang spesies je Cuma dia besar sikitla..
ala besar sikit 1cm je pung! Komennya membuatkan cik Ami terkesima sebentar.
“K fine k fine saye ni sepet.. nak majokk la camni..
turunkan saye sekarang >,<” Cik Ami pura-pura menarik pintu kereta
disebelahnya penuh dramatic.
“HAA BAGOS, KKEOJYO!!!” Halau Encik CEO dengan trademark
tangannya (get out from my sight)
“Ehh tak tak saye bergurau senda je tadi.. ala tolongla
hantarkan lagi sikit je nak sampai rumah saye.. blink blink”
“Ye pape jela.. tapi lepas ni, jangan muncul lagi depan mata
ku.. erghh kkeojo!”
“Baiklah..^”
Kereta Myvi itu membelok penuh aksi apabila melalui selekoh
lalu menyebabkan cik Ami yang tidak seimbang tergerak ke kiri yakni berlanggar
dengan Encik CEO. Encik CEO yang rimas terus menolak gadis itu ketepi semula
menggunakan jari telunjuknya yang berharga.
Tiba-tiba terasa satu perasaan sensasi.
Encik CEO rasa ringan semula.
Manakala Cik Ami yang kesakitan.
“Aduhh.. angin datang balikk!!! >,<”
Encik CEO terpegun seketika. Dia melihat jari telunjuknya
berulang kali. Dia mencucuk bahu cik Ami semula.
“BERPPP!!!”
“Yey da tak sakit! ^”
Dia cucuk bahu gadis itu semula.
“Oh rase lega!”
“Aduhh.. anginnn…”
“Eh angin tu main ulang alik pulak!” Komen Secretary Chooi
sambil menoleh sedikit ke belakang. Ah, lantak la baik dia focus pada
pemanduan, maklumlah impian dia kan untuk dinobatkan sebagai pemandu berhemah dan
setiausaha terbaik di Malaysia.
Mereka memandang satu sama lain penuh tegang. Mata
masing-masing dikecilkan (kes cik Ami terus nampak garisan jek), focus disasarkan, muzik makin rancak di radio, ibarat
satu pertarungan hebat akan bermula.
Cik Ami mencucuk tangan Encik CEO dengan wajah penuh dendam
dan Encik CEO akan mencucuk dia semula. Mereka pun saling cucuk mencucuk sangat
sengit lagi penuh ekstrem sehingga menyebabkan Myvi silver itu bergoyang dan
tidak stabil secara tidak langsung menganggu pemanduan secretary Chooi.
SKREETTTTT !!!!
Dua budak yang duduk di belakang itu terus kedepan lalu
berlanggar dengan kerusi hadapan apabila Myvi itu membrek secara tiba-tiba.
Secretary Chooi menarik nafas dan menoleh ke belakang.
“Kamu berdua, KKKEOOJOO!!!!!”
bersambung~ lalala~ xD
lol
ReplyDeletedaebak..
main cucuk2 untuk transfer angin..
good idea..