Saturday, April 6, 2013

Opening Stage





Pendahuluan yang kurang jelas.



Orang selalu cakap pendahuluan yang baik akan membawa kepada isi yang lebih baik. Dan secara jujur, saya sangat lemah dalam membuat pendahuluan; sama ada dalam karangan mahupun perkenalan. Tapi hidup mesti diteruskan! (merepek ape budak ni -.-)

Baiklah, tanpa membuang masa…ku ingin mengumumkan… blog pertamaku !!!
Wah! Wah! Fuiyoooo (suara latar)




 

















 Haha, sejak dari tingkatan 4 rasanya, rakan-rakan sering mencadangkan padaku untuk menulis di blog namun apakan daya, terlampau banyak dugaan, cabaran serta onak duri yang perlu ku tempuhi. Contohnya; 
      1) Kemalasan yang melampau. Nak tulis status kat fb pun ku sudah cukup berat hati inikan tulis        panjang lebar kat blog? 
    2) Tiada idea.
      3) Tiada idea untuk nama blog! 

Untuk memulakan sesuatu projek ataupun kerja pasti kita perlukan nama. Sedangkan bayi yang masih belum lahir pun ibu bapa sudah sibuk fikirkan nama yang canggih2 untuk anak mereka, nah sama juga dengan kes saya ni. Nak nama canggih, catchy.. tapi fail. Memang sejak dari dulu bab memberi nama ku sangat fail. I will just ended up bagi nama siti, joyah, lipas comel, kisah pengembaraan sang semut, don’t smoking at the bus dan banyak lagi nama yang sungguh tipikal lagi lapuk ditelan zaman. Oleh kerana itulah, ku tidak membuat blog.

Jadi mengapa debut dengan nama blog yang sungguh tidak catchy ini?

Oh, itu kerana... kisah ini bermula pada suatu hari yang damai ketika ku pulang ke rumah dan makan bersama keluarga. tidak tahu siapa yang buat lawak tetapi ku ketawa dengan riang. tiba-tiba kakakku dengan wajah serius berkata " Ami, kau.. ketawa ke tidur?!!"
Tahula mataku sepet >.<
Kejam. Tapi ku tak kisah kerana ianya kelakar juga. lalu apabila pulang ke kolej kediaman, ku menceritakan kisah itu kepada roomate ku. apa lagi, bermulalah episod ku sentiasa ditroll oleh orang sekeliling. ayat yang biasa berlegar seperti;
kau ketawa ke tidur?!
kau makan ke tidur?!
kau online ke tidur?!
dan banyak lagi untuk disenaraikan. pokoknya, mataku yang sepet ini telah menjadi bahan lawak oleh mereka. cis.
Pasrah aku! dialog tu asyik terngiang-ngiang di minda sehingga aku tertulis dialog itu ke dalam blog title. Lihat betapa besar impaknya? ish ish ish

Jadi, mengapa sekarang baru terdetik, terbuka pintu hati nak menulis?

Jeng jeng jeng….

Jawapannya ialah.. kerana ku bosan! xD

Bosan lagi klise jawapan tersebut. 

Tak kisahla, hakikat sebenar dalam kehidupan tanpa unsur dramatic mahupun pergolakan memang selalu bosan.

Ye, bosan.

Sekarang ni saya sedang menjalani cuti semester. Pelikkan, masa kite duk sibuk dengan assignment, test, presentation, exam.. asek meraung “bile nak cuti…nak cuti…”
Tapi bile dah cuti, duk terbongkang mengomel “bosan…bosan…”

Manusia memang sukar berpuas hati. Tsk.

Walaubagaimanapun, sebelum cuti saya telah merangka pelan untuk aktiviti apakah yang akan saya lakukan supaya saya tak bosan waktu cuti ini.
To Do List :
1)      Kerja part-time
2)      Practice melukis komik. (maklumlah asek menekan keyboard, tangan bergetar je pegang pensil)
3)      Menulis. Kalau boleh siapkan satu novel. Hoho
4)      Belajar main gitar
5)      Maintain berat badan

Haa…. Logikkan list yang saya buat ni. Tak mustahil untuk capai. Kecuali nombor satu tu. Rasanya impian untuk kerja part-time masa cuti ni memang babai. Yelah, awal-awal da ditempah jadi makcik babysitter tanpa gaji serta amah di rumah tercinta ini. Biasalah, kita sebagai manusia yang lemah ni hanya mampu merancang, Allah yang maha berkuasa yang tentukan rancangan selepas itu. Setiap perkara tu ada hikmahnya. Dan ku akan mencari apakah hikmah duduk rumah terbongkang selama dua bulan tanpa kerja. Hmph! Pasti ada sesuatu kebaikan tersembunyi. Kita tunggu dan lihat sajalah~ >.<
 P/s : kalau Berjaya buat 4/5 list di atas, ku akan belanja diri sendiri aiskrim keladi+coklat. Nyum2 ^^

Lagi lapan, sebab saya tak dapat kerja mungkin kerana niat yang dipasang awal2 dah salah. Ku niat nak dapatkan wang.. duit! Moneyyyy!!! Akibatnya habuk pun tarak. =,= Dahla ‘rajin sangat’, kurang berusaha dan banyak lagi factor tak berapa positif yang lain menyebabkan ku tidak layak bekerja lagi. Ohoho.

Selepas bermuhasabah diri untuk seketika, saya pun mendapat nilai murni dan pengajaran kat sini. Kalau nakkan sesuatu, kita kenala berusaha kuat, keazaman kena tinggi bukan sambil lewa sahaja. Selain itu, kita buat sesuatu kerja tu jangan harapkan keuntungan. Ikhlas itu penting. Dan setiap pekerjaan perlu niat kerana Allah. In sha Allah, akan dipermudahkan setiap pekerjaan. Sob sob.. saya tahu cakap je, tapi sebagai insan yang lemah serta kadang2 mata duitan ini, susah juga nak pasang niat betul-betul ikhlas. Kan? Kan?
Jadi, ayuh kita berusaha bersama menuju kejayaan dalam menjadi hambaNya yang ikhlas dan bertakwa! ^^

Terima kasih, panjang umur jumpa lagi ~

No comments:

Post a Comment