"Ok, thats it!"
Ku menutup lappy dengan penuh tekad, berpusing ke belakang (maklumlah duduk kat kerusi pusing macam kat pejabat tu..) hanya untuk melihat adik lelakiku sibuk mencari dan mengumpul botol-botol kosong.
"Adik, kau nak buat ape dengan botol-botol tu sume?" tanyaku hairan.
"Nak main boling..."
"boling?! err.. okayyy"
"sebab aku bosan jadi aku fikir nak main ini..." katanya sambil menyusun botol-botol itu semua. Aku hanya membuat muka 'erghh sukati kau lah'. Apa yang aku rasa agak sengal bila dia guna botol susu dan bas mainan budak kecik aka anak buahku yang berumur 3 tahun sekali menjadi pin. kemudian dia pun bermula bermain seorang diri, menggunakan bola bercorak tembikai, dia menggulingkannya dengan riang.
"Ye...hampir strike!! satu je tak jatuh" soraknya. Aku membuat muka erghh lagi.
"Eh, adik! nak main gak!"
Lalu ku mengambil bola corak tembikai itu dan melemparkannya ke susunan botol membentuk 3 segi itu. namun bola itu dengan bangganya melompat lagi mengelak susunan botol itu - ape bola tu fikir ini lari lompat pagar ke?! - baru sahaja ku ingin menjerit, si tembikai itu melanggar dinding dan berpantul semula ke belakang.
Purrr!! Semua botol jatuh.
Ku terus ketawa sambil bertepuk tangan. pandai juga si tembikai bulat itu! >.<
"Eh tak itu dah kire foul! pegi susun botol tu balik.." arah adik lelakiku.
Ku hanya tersengih dan babai!
Bosan dengan boling, ku melawat ruang tamu.
Adik perempuanku sedang mengadap lappy dengan penuh fokus. Mesti tengah layan drama letew! (sudahla malam tadi dia melakukan jenayah sosial keatas jari jemariku. ada ke patut dia memakaikan inai di tangan kiriku, tak rata pulak tu...)
"Uiittt.. tengok cerita ape tuu...?" tanya ku sambil mengende disebelahnya.
"boss..."
"ape?"
"my boss my hero..."
Baru sahaja ku ingin mengacau budak yang suka sangat layan drama kat channel 393 tu, muncul pula kakakku yang juga buat muka bosan sambil berpusing-pusing.
"Ami, tengok jari kau?" pintanya sambil menunjukkan jari jemarinya yang juga berinai. tapi versi cantik! diriku versi tompok2 aneh =.=
"kenapa?"
Dia meletakkan tangannya di sebelah tanganku dengan riang.
"tengok jari kita same... pakai inai... kite kahwin....^^"
"err...... kau ni bosan sangat ke?"
"ye......."
Nampaknya, semua orang di tengahhari Ahad ini sedang bosan, encik Aqieyl (3 tahun) itu pun hanya terbaring longlai dengan muka tiada perasaan sambil menonton cerita pari-pari di televisyen.
Ku meneruskan perjalananku ke dapur. Kelihatan ayah hendak mula memasak. muka beliau juga kelihatan bosan.
"Ami, tolong gunting cili kering."
"okayy..."
"nak masak ape ye?" tanya ayahku. memang hobi beliau setiap kali ingin masak pasti akan tanyakan dahulu menu apa pada anak-anak.
"hm.. sukati ayahlah~"
"tomyam ok tak?"
"hah oke oke..."
"ayah rase nak buat tomyam ikan lah.."
"tomyam ikan?! mane ade tomyam letak ikan!!"
"ade..kau je yang tak pernah rase..." kata ayahku sambil ketawa kecil. aku pula membuat muka 'yekeee....'
"dah jangan letak pelik-pelik... letak je ayam..>.<"
"yelah..."
seketika kemudian,
"nak letak bebola ikan tak?" tanya ayahku.
"ikan? ayah ni tak habis-habis dengan ikan!"
"bebola ikanlah!"
"oh ha.ha.ha.... letak letak.." aku pula yang malu sendiri.
selepas menolong dan mengemas dapur, ku melarikan diri ke ruang tamu lalu menonton drama jepun itu bersama adik. Begitulah lebih kurang tengahhari Ahadku yang bosan terisi. Tanpa disedari ku telah tertidur.
tiba-tiba HPku berdering dan memaparkan nombor telefon yang aneh lagi misteri. ku yang mamai, menjawab panggilan dengan was was.
"err.. helo?"
"helo.. assalammualaikum.."
"waalaikumsalam.. err maaf siapa ye?"
"haha ini..."
Rupanya sahabatku yang sedang belajar di luar negara menelefonku! >.<
Kami berbual panjang, bertukar khabar dan cerita. maklumlah sudah lama betul ku tidak berjumpa dan berbual dengan beliau. borak-borak panjang, beliau ada bercerita tentang jadualnya yang agak sibuk ditambah pula lambakan assignment dan komitmen lain. rasanya memang tiada istilah masa lapang dan masa bersenang-senang untuknya.
ku terkesima sekejap.
Ada orang yang nak sangat diberi masa lapang untuk mereka berehat dan melapangkan fikiran dari hari yang sibuk dan memenatkan, aku pula? memang banyak sangat masa lapang. sampai bosan tak tahu nak buat ape.
persoalan pun timbul.
apa yang aku dah buat dengan masa lapang aku?
dimanfaatkan atau sia-sia sahaja?
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi SAW bersabda:
“Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang”.
[HR Bukhari, no. 5933].
Hadis ini menyeru kita untuk memperbanyakkan amalan ibadah kita. Kita selalu mendapat masa lapang dan kesihatan yang baik tetapi kita gunakan nikmat itu untuk perkara yang tiada keutamaannya. sentiasa lalai dengan kehidupan duniawi ini.....
Hm, aku lah itu...
Sepatutnya kita gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. diisi dengan perkara yang bermanfaat..
Cakap memang senang. nak buat tu sangat susah kalau tiada jihad dan keazaman yang jitu dalam diri. apatah lagi kalau persekitaran kita memang dipenuhi dengan unsur-unsur untuk berfoya-foya ini.... huhu....
Akhir kata, kita kena juga berusaha untuk isi masa lapang dengan perkara yang cambest dan berfaedah~ FIGHTING!!!! >.<
p/s: tomyam ikan? ape rasenye ye.......@.@
No comments:
Post a Comment