Friday, March 11, 2016

SMS Misteri

Misteri lah sangat.

(Amaran: Kisah ini 70% benar dan selebihnya telahpun ditambah oleh penulis yang terlalu banyak terpengaruh dengan drama picisan)

Pernah tak kalian dapat SMS dari nombor yang tidak dikenali? Selalu je kan. Sama ada member korang yang baru tukar nombor saja gatal nak mengacau text hai boleh berkenalan ataupun dari nombor scammer menyatakan yang anda telah memenangi sejumlah wang sekian sila reply YES dan apa sajalah taktik mereka nak menipu. Tapi tu dulu. Memandangkan zaman internet dan social media seperti whatsapp, wechat dan seumpama dengannya berleluasa sekarang, maka jaranglah kita nak terima sms dari seseorang. Paling-paling pun sms dari mobile operator menyatakan kredit yang hampir tamat tempoh.

Namun nak dijadikan cerita, satu hari yang lapang tidak ku sangka satu sms penuh dengan perasaan dan kepanjangan yang lebar dihantar masuk ke inbox ku yang sunyi.

"Siapa pula gerangan nombor ini?" Monologku sendiri ala-ala heroin sinetron.

Lalu ku membuka mesej itu dengan penuh perasaan ingin tahu. Mak oii panjangnya! Sementelah aku memang suka membaca mesej panjang, lalu ku hayati dan refleksi kan setiap kandungan. (Malahan aku hampir membuat literature review mengenainya!)

Disini aku lampirkan text mesej tersebut bulat-bulat tanpa sebarang edit, sentuhan mahupun hiasan dalaman.


First sekali, tabik spring juga pada kalian jika berjaya habiskan baca sms tulus ikhlas murni lagi berhemah dari Encik Taqiyy ni. *clap clap*

Kedua, aku ni dahla kaki drama dapat pula mesej dramatik macam ni out of nowhere! Jarang pula tu nak jumpa lelaki yang sanggup taip panjang-panjang untuk meluahkan perasaan hantar melalui sms pula tu, dahla beliau nombor celcom hantar ke maxis, berapa sen la caj agaknya! Belum apa-apa aku dah ship Taqiyy dan Hanna siap bagi nama couple mereka 'Qiyna'. Sedap kan nama tu? *proud face*
Tapi masalahnya Encik Taqiyy ni salah nombor hantar ke saya buat apa! Saya ni cuma orang kebanyakan yang kalau watak dalam drama tu yang lalu lalang kat belakang tu je!

Sejurus lepas tu aku dapat mesej dari nombor yang sama lagi.


Dah sudah, siap minta nombor parents pula, nombor si Hanna ni pun kau boleh silap alahai Taqiyy oiii.. Nasib kau tak call nanti terkejut dengar suara cheq yang macam 'Patamon bertukarrrr Angemon' ni, culture shock kau nanti. *lol

-Ok kembali mode dramatik-

Aku dah mula dilema.

Patut ke aku reply "wrong number" terus dekat Encik Taqiyy ni? Atau patut ke aku diam seribu bahasa seperti gadis yang pemalu? Atau paling keji, patut ke aku menyamar jadi Hanna dan memberikan beliau harapan palsu?

Lalu aku pun melilau mencari sesiapa untuk bertanyakan pendapat.

Kakak, 23 tahun. Seorang peminat drama dan variety show korea. Pendapatnya berbunyi;
"Jangan reply, kau buatlah macam cerita Pinocchio..biar dia fikir kau Hanna dan terus hantar mesej apa-apa pada kau.. Last sekali bila da bosan baru kau reply saya bukan Hanna. Biar dia broken heart. Padan muka!"

Aku rasa kakakku ada masalah dalam rasionaliti dan cenderung melihat kesengsaraan orang lain jadi aku cepat-cepat berlalu pergi.

Adik, 15 tahun. Seorang pembaca novel tegar dan aktif dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Dia dengan teruja nya;
"Kau kena cakap kau bukan Hanna! Balas mesej dia, jangan buat Taqiyy ternanti seorang diri di airport!"

"Tapi dia dan Hanna kan da berpisah. Dia sendiri kata Hanna da move on." Balasku.

"Kau mana tahu! Mungkin Hanna pun menunggu Taqiyy untuk hubungi nya. Mungkin selama ini Hanna cuma pura-pura bahagia tetapi dalam diam dia sentiasa mengharapkan Taqiyy untuk kembali memujuk dan melamarnya. Agaknya sekarang ini mereka berdua saling merindu tapi tak dapat berhubung disebabkan mesejnya sampai pada kau!" Hujah adikk penuh semangat dan kelajuan yang menyebabkan air liur bepercikan.

"Jadi Taqiyy dan Hanna tak dapat bersama, salah aku lah?"

"Ya! Sebab kau sembunyikan mesej ni untuk bacaan sendiri!"

Walaupun adikku ada juga point di situ tetapi kerana beliau sedikit annoying jadi aku hanya membuat muka erghh dan berlalu pergi.

Tanya pada ibu lah. Ibu selalu ada pendapat yang terbaik.

Ibu, 50 tahun. Seorang guru yang dedikasi dan baru-baru ini terjebak (dan sedikit obses) menggunakan Whatsapp. Beliau hanya ketawa (dengan agak hina) kepadaku lalu berkata;
"Apa kata kau saja pergi airport jumpa budak Taqiyy tu. Mungkin dialah jodoh kau yang sebenar. Lagipun umur kau ni dah 21 tahun masih takde boyfriend!"

Ouch.

Tatkala aku masih terpegun dengan tohmahan yang dilemparkan ibu ku itu, aku membuat keputusan untuk membalas mesej Taqiyy.

Apa yang patut aku taip ye?

Sorry, wrong number. But I wish all the best for you and Hanna.

Tak rasa macam menyibuk ke? Tak kisah la, lalu aku pun menekan butang send. Eh da dapat reply?!

RM0: Pls top up to stay active. Dial *122# for more details.

lol -,- 


*                *                  *               *

Taqiyy bersandar di bangku kerusi, masih menelek barang yang perlu dimasukkan ke bagasi. Di samping itu matanya tak lekang memerhatikan skrin telefon nya.

Menanti.

Sudah beberapa jam berlalu sejak dia menghantar sms biasa tetapi mengandungi perasaan dan harapannya kepada Hanna.

Hanna, cinta pertamanya.

Gadis itu jugalah yang telah dia siakan tatkala diri mula alpa. Dia yang dulu begitu ego, sewenangnya melukakan hati gadis itu tanpa rasa bersalah.

Tetapi kini dia menyesal. Hatinya takkan dapat berubah. Perasaan sayangnya pada Hanna masih kuat. Masih sama seperti mana mereka baru mula bersama dahulu.

Cuma semua dah terlambat.

Bila Hanna tiada di sisi, baru dia sedar betapa pentingnya gadis itu dalam hidupnya yang penuh kesunyian.

Tipikal. Bila sudah tiada baru tahu nak hargai.

Taqiyy membuka semula inbox nya. Memastikan sms itu telah sampai. Tidak mengapa, dia boleh menanti berapa banyak jam lagi untuk Hanna. Masih tak dapat melawan penantian Hanna untuknya selama ini. Sebelum semuanya berakhir.

Dia tekad, jika dia betul cintakan Hanna, dia perlu berjuang untuk mendapatkan gadis itu!

Taqiyy terus merenung telefon nya tanpa dia sedari dia telahpun berada di airport, menyorong bagasinya menanti untuk terbang jauh dari sini.

Dia tersenyum kelat. Nampaknya dia kena berusaha lebih lagi untuk menambat semula hati hanna. Perlahan-lahan dia menaip sesuatu dan dengan mata yang berkaca, Taqiyy mengimbas sekeliling jika terlihat kelibat orang yang dinanti. Hampa, dia meneruskan perjalanannya dengan hati yang berat.


*               *                  *                  *



"Dia da naik flight da.."

Cerita ku pada adik yang sedang sibuk bershaking di wechat sejurus aku mendapat mesej ketiga nya yang sayu dan sedikit menyayat hati.

"Jadi kau tak reply dia la akhirnya?"

Aku hanya tersengih muka bersalah sambil mengangkat bahu. Biarlah aku hanya menjadi orang asing yang secara rambang mendoakan yang terbaik untuk Taqiyy dan Hanna.

"Semoga kalian berbahagia."





Tamat.






No comments:

Post a Comment