Edisi Pelajar Tingkatan 4
Apabila cemerlang PT3. Langkah yang seterusnya pula ialah?
"Saya nak pindah MITS Bagan Terap.. Nak ambil sastera.. taknak ambil sains, tak minat.."
Setelah saya mengeluarkan kenyataan itu, ada segelintir pihak yang menyokong, namun lebih banyak yang membantah.
"Ustazah harap tahun depan masih kekal lah 15 orang dalam kelas tasmik ni. Ustazah yakin diantara kamu tiada yang pindah.."
- Guru kelas tasmik yang saya harap dapat khatam dengan beliau.
"Doa-doalah harapnya tiada siapa yang pindah. Bonda nak korang stay je lah kat sini.."
- Mentor yang kami panggil bonda.
"Kalau tak minat sains, minat tu boleh dihadirkan.. kalau nak pindah, ibu tak setuju.."
- Ibu yang mengharap saya ambil sains tulen.
"Jauhlah sekolah tu. Nanti kau cari lah keluarga angkat kat sana.. Ayah ambil waktu hari raya je haha.."
- Ayah yang tak kisah dan suka buat lawak.
"Kau ambil je dulu sains.. Nanti lama-lama kau minatlah.."
- Kakak kedua yang dulu ambil aliran sains.
"Ambil je lah sastera. Kau memang minat bahasa kan? Lagipun kau bukannya nak jadi doktor atau engineer.."
- Kakak ketiga yang memahami.
"Pelik.. orang lain punyalah nak aliran sains ni, kamu dah ada peluang tolak macam tu saja?"
- Kakak usrah yang saja bagi ayat sentap.
"Akak janganlah pindah.. tak meriah lah usrah ni nanti takde akak.."
- Adik usrah yang saya paksa jadi timbalan naqibah kalau saya pindah.
"Hanim.. betul ke nak pindah? Nanti takde sapa nak buat kerja nakal dengan ana. Dirah, Ain, Bosy sume nak pindah. Yang tinggal cuma budak-budak baik je.."
- Kawan dalam batch yang berani buat kerja nakal sama-sama.
"Jomlah nem pindah.. kita naik bas sama-sama nanti balik kampung.."
- Kawan yang sudah merancang masa depan bersama.
"Anem serius ke nak pindah.. stay jelah sini.. mengadalah !!*pastu pukul saya*
- Kawan yang tak sanggup kehilangan saya.
"Kalau awak minat sastera ambil jelah sastera. Yang penting result SPM awak straight As, dapat IPG dan mohon sambung belajar sini. Lagipun kalau ambil bidang macam akak ni memang takde kaitan pun dengan sains tulen.."
- Kakak yang kenal di wechat, belajar di beijing dan menjadi sumber inspirasi saya untuk belajar di China.
"Bagi saya, lebih baik kamu terus kekal di sini. Sebab saya rasa kamu mampu untuk bawa aliran sains ni. Lagi pula mengikut keputusan PT3, kamu layak sangat menyambung persekolahan di sini."
- Guru penolong kanan akademik yang sedaya upaya tak kasi sesiapa pun pindah.
Dan yang terakhir..
Thahirah, kawan perempuan first yang khatam dan dialah orang paling tegar menghalang saya dari pindah.
"Hanim.. janganlah pindah.."
Hanya mampu tersenyum kelat.
Sukar membuat keputusan.
Memilih antara persahabatan, minat, bakat, harapan dan masa depan.
"Saya harap kamu dah ada keputusan yang muktamad hari ambil result nanti. Sebab hari tu, nak atau taknak kamu tetap kena memilih aliran yang mana kamu nak.."
- sambung guru penolong kanan tadi katanya.
Buntu dan dilema.
50% - 50%
Maka sekarang mampu istikharah sahaja dan berserah diri pada Allah untuk berikan petunjuk yang terbaik.
Amin.
No comments:
Post a Comment